SHAKLEE: MLM YANG MENGUNTUNGKAN?


Multilevel marketing (MLM) atau jualan langsung adalah industri yang sedang berkembang dengan sangat pesat sekarang. Ramai rakyat malaysia menceburi bidang MLM. Yang menjadi persoalannya bolehkah menjadi ‘kaya’ dan ‘stabil’ dengan perniagaan MLM?


Halal ke Haram MLM tu?

MLM, Keahlian, Membership, Keuntungan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari  2006 telah memutuskan bahawa:
“Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan  multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah  dengan konsep perniagaan Islam”. Selain itu ia turut mengikuti garis-garis syariah. Baca sepenuhnya artikel tersebut di sini.


Kenapa saya memilih Business MLM

Secara jujurnya dahulu saya adalah salah seorang yang anti dengan MLM. Saya tidak suka berniaga dengan cara “head hunting” atau mencari “kaki”. Saya lebih mementingkan ‘produk’. Ramai juga kawan-kawan yang mencadangkan saya melibatkan diri dalam beberapa perniagaan MLM malah mengesyorkan saya berhutang bank. Nasib baik masa tu saya dah ada hutang pinjaman rumah dan kereta. Jadi dah tentu lah hati saya tertutup untuk menambah lagi hutang bank. Syukur saya tidak pernah terjebak dengan perniagaan MLM seperti itu.

Jadi bagaimana dengan SHAKLEE yang juga syarikat MLM?

Terdapat beberapa perbezaan antara Shaklee dengan MLM yang lain walaupun namanya sama.

1. Tidak melibatkan orang tengah
Tidak seperti business lain, kita perlu mecari produk dari orang tengah atau supplier, dan tanpa kita sedari, kita akan sedikit rugi kerana perlu melalui beberapa proses sebelum sampai ke tangan customer. Dengan MLM, produk akan terus kita ambil dari stokis dengan harga ahli atau harga modal, tanpa melibatkan orang tengah.

2. Modal Rendah
Mendaftar ahli MLM sebenarnya adalah modal kita. Tidak seperti perniagaan lain yang memerlukan untuk kita mengeluarkan modal yang tinggi, MLM hanya memperuntukkan untuk kita menjadi ahli dengan  bayaran RM65 hingga RM75 sahaja.

3. Risiko kurang
Kenapa risiko kurang? Kita tidak perlu mengeluarkan modal yang tinggi, dan jika ada sebarang order baru kita akan mengambil barang di stokis. Bahkan boleh dilakukan secara part time dan yang menariknya kita adalah BOS diri kita sendiri. Jika kita rajin share, banyak lah orang tau dan membeli dengan kita. Jika kita diam, kita takde pendapatan daripada Shaklee.

4. Mendapat Bimbingan
Sudah namanya MLM, jadi mestil kita ada upline. Dengan MLM kita ada ‘mentor’ serta cikgu untuk membimbing kita. Ini yang menariknya MLM. Kita akan sentiasa mendapat bimbingan serta motivasi dari upline! Walaupun upline kita jauh beribu batu pun, tetap boleh berhubung dengan teknologi yang terkini sekarang. Jika anda mendaftar dengan saya, segala jenis teknologi seperti whassap, sms, call, TeamViewer, webinar dan macam-macam lagi akan saya gunakan semata-mata mahu membimbing anda untuk berjaya. Lagipun sekarang ini jika ada smartphone, di mana-manapun boleh berurus niaga. Best! Anda boleh saja bekerja dari rumah. 

MLM Semudah ABCD sahaja!

A- Ahli. Join jadi ahli
B- Beli. Beli produk dari Syarikat MLM anda
C- Cerita. Cerita Kebaikan produk MLM kepada rakan dan kaum keluarga
D- Duplikasi. Duplicate dan tiru gaya mentor anda untuk BERJAYA!

Bagaimana nak pilih MLM yang bagus? 


Antara Tips untuk memilih Produk atau Business MLM 


1. Untuk berbisnes, paling penting anda perlu suka dengan Produk tersebut. Kelebihan jika anda memang pengguna produk tersebut. Kebanyakan produk MLM diinsuranskan, jadi memang kebanyakan produk MLM berkesan dan bagus.
2. Selain suka dengan produk tersebut, anda perlu pilih produk yang diminati bukan setakat one off. Maksudnya produk yang mendapat perhatian ramai dan produk yang sentiasa mendapat ‘repeat order’ dan bukan produk yang sekali je beli dan tak perlu beli lagi :P
3. Produk Berkesan. Seperti yang saya katakan tadi, kebanyakan produk MLM diinsuranskan, jadi kebanyakannya memang berkesan. Tetapi anda harus teliti untuk memilih Business MLM, kalau rajin cari testimonial dan kaji tentang produk yang akan anda jual.

Saya pilih SHAKLEE
PENGEDAR SHAKLEE KAJANG DAN KUALA LUMPUR

Kenapa Saya memilih Shaklee? Pertamanya kerana saya memang pengguna tegar Shaklee sejak bersalin hingga sekarang anak saya dah hampir 3 tahun dan masih menyusu badan. Seronok saya.. 
Shaklee juga adalah produk kesihatan, yang saya tahu memang menjadi permintaan ramai! Kena dengan tagline Shaklee “Sentiasa Hijau, Sentiasa Selamat, dan Sentiasa Berkesan”
Yang sangat penting dan Shaklee berjaya mengubah persepsi negatif saya tentang MLM ialah, Shaklee bukan MLM head hunting! Saya naik bukan sebab ada imbuhan kerana ada "kaki".  Memang tekad untuk bulan pertama, saya tidak mahu mencari “kaki” saya niat untuk berkongsi kesihatan dan  keberkesanan produk! Alhamdulillah, Alhamdulillah! Saya suka dengan Shaklee kerana ia banyak mengubah hidup saya dan tahap kesihatan saya dan keluarga bertambah baik. Alhamdulillah..

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya  melalui Email lizahzza74[@]yahoo.com Call/Whatsapp : 0164219053 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee di Kajang dan Cheras. 

Salam sayang..  Mama Liza 

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?