PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE - ATASI MASALAH ANGIN, KEMBUNG DAN GASTRIK


Assalamualaikum...

Masalah kembung perut disebabkan angin sehingga pedih ulu hati dan gastrik, sangat mengganggu urusan seharian kita. Walaupun nampak kecik je penyakitnya tapi sangat membuatkan kita tidak selesa. Saya sendiri selalu mengalami masalah tu semasa bekerja sebab jadual pemakanan yang tak tentu hala akibat kesibukan. Akibatnya berhari-harilah perut rasa tak selesa. Kadangkala ia berjangkit ke migraine pulak. Hmmm.. memang menyakitkan.  

Tapi sekarang dah ada suplemen yang membantu mengatasi masalah tersebut iaitu PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE. 


Apa pulak fungsi suplemen ni?


Peppermint Ginger Plus ini mengandungi herba asli pudina, halia, jintan manis dan jintan hitam yang membuatkan anda berasa sangat nyaman dan melegakan. Pil ini juga boleh dihancurkan dan dicampurkan dengan air panas untuk lebih melegakan dan menjadikan minuman herba semula jadi. 

Tahukah anda, halia adalah herba terbaik untuk memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri - ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan sakit perut. Manakalah pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman yang sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. 

Sangat sesuai untuk ibu ibu hamil yang kerap mengalami masalah ini.. 

Jadi kepada anda yang selalu menghadapi masalah sakit perut berangin, gastrik, kembung,  pening kepala, loya, muntah dan mahu menjaga kebersihan usus, boleh mencuba peppermint ginger plus ini. InsyaAllah akan berhasil. Daripada anda selalu merasa tidak selesa akibat sakit ini, apa salahnya berusaha sesuatu kan? Kalau sembuh, kan ia berbaloi?

Salam sayang.. Mama Liza
0164219053


Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?