Posts

Showing posts with the label Sharing

SAYA BUKAN MANUSIA SEMPURNA

Image
Assalamualaikum Semakin panjang perjalanan, sebenarnya mengajar kita untuk lebih memahami segala cabaran yang mendatang. Ia sebenarnya adalah pengalaman yang ditimba yang kemudiannya akan menjadi pengajaran apabila menghadapi apa jua perkara. Dengannya kita lebih dewasa dan dengannya juga kita menjadi lebih bijak dalam  membuat keputusan. Pada saya, pada hari ini, tiada manusia yang sempurna. Malah yang hampir sempurna juga hampir tidak ada. Kalau adapun, saya masih belum menemuinya. Ingin juga berjumpa dengan mereka, mungkin boleh mengajar saya dalam membuat apa-apa perkara. Apapun, perjalanan masih panjang.. InsyaAllah.. Masih banyak perkara yang masih belum berjaya malah ada yang masih belum dimulai pun. Maka mahu tidak mahu, saya harus menjadi kuat bertahan demi mereka yang saya sayangi.. Dan demi diri saya sendiri juga. Bukan hidup namanya jika tidak ada onak dan duri di sepanjang kehidupan. Kerana itulah ia dinamakan kehidupan.. Semoga saya tetap kuat dan tidak la...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Image
 Assalamualaikum Apa kabar semua? Lama betul saya tak menjenguk blog kesayangan saya nih. Dan bersawang2 agaknya. Maklum le dah 2 tahun lebih tak masuk keje, bila mula keje balik, rasa macam tak terkejar banyak benda.. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca setia blog saya ini. Hari ni dah 7 Syawal. Memang suasana raya masih hangat lagi kan. Rata-rata orang pun masih bercuti dan ada juga yang masih berada di kampung. Saya nak cerita apa ek? Saya sharekan pic raya dulu lah kan? Baru rasa macam raya.. :) SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN dari saya.. Mama Liza

BANJIR.. UJIAN YANG MENDUGA KEIMANAN

Image
 Assalamualaikum Berat mata memandang.. Berat lagi bahu yang memikul.. Begitulah yang boleh saya nyatakan apabila saya berpeluang pulang ke kampung suami di Machang, Kelantan. Sepanjang jalan antara Gua Musang dan Kuala Krai, serta beberapa kawasan di Machang, telah mengalami kerosakan teruk akibat bencana banjir. Biar gambar berbicara..   Walaupun telah 6 hari berlalu, terdapat beberapa kawasan yang masih ditenggelami air khususnya di pinggiran sungai.     Kesan runtuhan di pejabat kerajaan.   Sekitar daerah Machang, kawasan pinggir sungai Kelantan.   Rumah kakak ipar saya.. Air naik sehingga tingkap di tingkat atas tu tak kelihatan.    Kawasan Manek Urai iaitu tempat yang paling teruk mengalami banjir.   2 orang kanak-kanak, antara sejumlah penduduk yang berada di tepi jalan, menunggu kereta lalu dan ada di antaranya yang berhenti untuk memberi apa2 sumbangan. Di dalam hati saya cuma berha...

KENAPA MEMBEDUNG BAYI?

Image
Assalamualaikum..  Bila ada baby yang baru lahir, kebiasaan kita selalu mengeluh sebab selalu je menangis tak kira masa. Jangan la susah hati sangat sebab baby tu baru nak menyesuaikan diri dengan alam barunya. Saya kongsikan tips sedikit memandangkan saya pun baru je melahirkan baby Ryan saya.. :)   Salah satunya adalah membedung baby anda.  Tapi ramai ibu bapa  mengadu anak mereka cukup tidak suka apabila dibedung. Setiap kali dibedung pasti bayi akan menangis tanda tidak selesa atau mengeluarkan tangannya daripada bedungan. Mungkin sebagai ibu bapa baharu, anda masih tidak mahir mengaplikasikan teknik membedung bayi dengan cara yang betul membuatkan si kecil jadi tidak selesa atau bedung tersebut mudah terbuka. Ada beberapa teknik yang harus diikuti untuk memastikan bayi selamat apabila anda mengangkat, mendukung atau membuainya ketika dibedung. Bedung yang tidak kemas akan membahayakan keselamatan bayi. Apa kebaikan membedung bayi? *Bayi yang mas...

DARI ALLAH KITA DATANG...

Image
DARI ALLAH KITA DATANG.. KEPADA ALLAH KITA KEMBALI.. Al fatihah...

SHARING IS CARING

Image
Assalamualaikum.. Lama sungguh tak update blog kesayangan saya ni. Maaf ya.. Bukan takde idea baru atau takde keinginan untuk menyampaikan info. Tapi sejak seminggu yang lepas, ayah sakit dan berada di hospital. Sekarang pun masih di sana. Hmmm.. Jadi saya ketepikan dulu keinginan menulis agar dapat berkhidmat sepenuhnya untuk ayah saya. Dia pun nampaknya sentiasa bertanyakan saya jika saya muncul lambat di hadapannya.. Apapun, saya mohon doa dari kawan2 pembaca semua supaya turut mendoakan kesembuhan ayah saya.. InsyaAllah dia akan sembuh seperti sebelumnya.. Inipun saya nak ke pasar untuk membeli apa yang patut untuk dibawa ke hospital.. Walau bagaimanapun, urusan jual beli vitamin Shaklee masih berjalan seperti biasa ya.. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya  melalui Email lizahzza74[@]yahoo.com atau Call/Whatsapp : 0164219053 Saya membuat penghantaran Seluruh Malaysia, Indo...

HEALING CRISIS: Q & A

Image
Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami? Q:  Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?  A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan. Q: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?  A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang or...

SHAKLEE: MLM YANG MENGUNTUNGKAN?

Image
Multilevel marketing (MLM) atau jualan langsung adalah industri yang sedang berkembang dengan sangat pesat sekarang. Ramai rakyat malaysia menceburi bidang MLM. Yang menjadi persoalannya bolehkah menjadi ‘kaya’ dan ‘stabil’ dengan perniagaan MLM? Halal ke Haram MLM tu? Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari  2006 telah memutuskan bahawa: “Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan  multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah  dengan konsep perniagaan Islam”. Selain itu ia turut mengikuti garis-garis syariah. Baca sepenuhnya artikel tersebut di  sini . Kenapa saya memilih Business MLM Secara jujurnya dahulu saya adalah salah seorang yang anti dengan MLM. Saya tidak suka berniaga dengan cara “head hunting” atau mencari “kaki”. Saya lebih mementingkan ‘produk’. Ramai juga kawan-kawan yang mencadangk...

MENGAPA PERLU SUPPLEMENT?

Image
Ada juga di kalangan kita yang menganggap bahawa manusia sihat tidak memerlukan suplemen. Maklumlah dah sihat. Lagipun pemakanan seharian boleh memenuhi segala keperluan tubuh badan. Mereka juga beranggapan pegawai perubatan adalah lebih arif bagi menentukan perlu atau tidak seseorang itu mengamalkan suplemen.  Cuma jika kita lihat, berapa ramai orang yang berjumpa doktor jika mereka tidak sakit? Macamana nak dapat nasihat doktor apabila kita tidak berjumpa mereka? Tunggu sakit baru kita jumpa kan?  Keperluan seseorang terhadap suplemen bergantung kepada keadaan diri mereka sendiri. Namun cuba kita teliti mengapa suplemen diperlukan: Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara, air , bunyi dan lain2 yg mana menyumbang kpd tekanan kepada gaya hidup kita dari segi kesihatan mental, fizikal dan kerohanian. Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien bagi menyokong fungsi tubuh kita yg ma...

MENGURANGKAN ALAHAN SEMASA MENGANDUNG

Image
Teringat semasa saya terkena alahan mengandung (morning sickness) dulu. Banyak perkara yang saya tak dapat lakukan. Ditakdirkan Allah alahan saya agak teruk tapi taklah sampai masuk hospital. Ada hari-harinya yang saya hanya terbaring dari pagi sampai malam. Muntah tak kira masa sampai susah nak keluar ke mana-mana. Alahan semasa mengandung biasanya sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Kadar alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung. Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah. Bila mengandung, keperluan nutrisi seorang ibu juga bertambah. Adakah dia kena makan banyak? Makan banyak itu mungkin betul, tapi bukan bermakna makan na...

MENGAPA PERLUNYA CONSULTASI

Assalamualaikum... Sedikit peringatan untuk anda yang membeli vitamin dari saya ya... Sekiranya anda mendapati tidak ada sebarang perubahan pada diri anda selepas seminggu atau dua minggu, terutamanya untuk set breastfeeding dan diet, hubungilah saya semula. Mungkin ada yang tidak kena dengan cara pemakanan supplemen tu. Saya akan memandu anda supaya matlamat anda mampu dicapai. Perlu diingat bahawa harga yang anda bayar untuk supplemen tu adalah termasuk consultasi. Jadi jangan malu atau keberatan menghubungi saya... Saya sedia membantu setakat yang saya terdaya... Salam sayang... Mama Liza 0164219053

SEKIRANYA ANDA MAHU MENYUSUKAN SEMULA

Image
Assalamualaikum... Minggu ini saya rasa lebih sihat berbanding minggu lepas.. Dari segi fizikal dan juga dari segi emosi. Banyak perkara yang telah berlaku sama ada di sekeliling saya ataupun diri saya sendiri.. Apapun, saya telah melaluinya dengan baik dan berharap agar ketenangan yang saya alami kini akan berpanjangan. Tidak putus2 saya memohon klepada Allah agar saya akan tetap tabah melalui segala dugaan dan cabaran hidup.. Biarlah.. Kita ketepikan dulu semua tu. Bukan apa.. Kadang2 kalau dikenang2 sangat, pasti akan merosakkan diri sendiri. Betul kan? Mungkin anda telah tahu bahawa antara peristiwa yang telah saya lalui adalah kehilangan bakal baby saya.. Hmmm... Bukan mahu mengenang kesedihan lagi ya sebab di awal entry tadi saya dah katakan tidak mahu mengenang apa2 lagi.. Tapi saya ingin berkongsi pengalaman mengenai penyusuan saya..  Sejak beberapa bulan lepas susu saya telah merudum teruk. Maklum sajalah hormon badan saya telah berubah daripada ibu menyusu kepada ...