VITAMIN UNTUK TAMBAH SUSU?
Assalamualaikum.. Teringat semasa saya mula2 mengenali Shaklee. Masa tu saya baru 7 bulan melahirkan Eman. Masa tu susu baik2 aje. Tapi ada kawan sepejabat saya mencari2 produk untuk tambah susu. Saya tak tau pun selama ni rupanya ada produk untuk tambah susu. Saya pun tanya2 dia. Dia kata produk ni bagus untuk tambah susu. Saya sebenarnya suka mencuba. Walaupun pengeluaran susu untuk Eman adalah lebih dari mencukupi, tapi saya beli jugak produk tu. Produk yang saya beli adalah Vitamin C, Vitalea, B Complex dan alfalfa. Trial pack.. Saya cuba makan.. Susu masih sama jugak. Ye lah.. Susu dah banyak. Nak bagi banyak macamana lagi kan? Tapi lepas 2 minggu saya mula perasan.. Memang kuantiti susu sama sebab memang dah rezeki Eman agaknya susu untuknya banyak. Tapi saya merasa lebih cergas dan tak lesu pada waktu siang dan malam hari. Lepas pump susu di opis pun saya still rasa bermaya. Kalau dulu lepas pump saya mla rasa letih. Tapi lepas amalkan vitamin tu saya rasa tam...