Posts

Showing posts with the label vitamin

7 Prinsip Makan Yang Baik Semasa Kehamilan

Image
Assalamualaikum... Apakata dalam entry kali ini kita berbicara tentang pemakanan bagi ibu-ibu dan bakal ibu? Tentu ada di kalangan pembaca yang akan mendapat manafaatnya kan? Ada 7 perkara penting yang amat ditekankan dalam prinsip makan yang baik semasa ibu2 mengandung.  1. UBAHLAH CARA MAKAN ANDA, MESKIPUN ANDA SUDAH MAKAN DENGAN BAIK Sekiranya anda sedang hamil maka diet makanan anda harus mengikuti diet makan untuk ibu hamil. Pada masa ini, anda memerlukan lebih banyak protein, kalori (untuk energi), vitamin dan mineral seperti asid folic dan zat besi untuk perkembangan bayi anda juga.  2. HINDARI MAKANAN YANG DAPAT MEMBAHAYAKAN IBU DAN JANIN Elakkan daripada memakan daging dan telur mentah, keju, susu yang tidak dipastur,  alcohol, juga cafein. 3. JANGAN DIET SELAMA KEHAMILAN Kehamilan bukan masa yang tepat untuk diet kerana anda hanya akan membahayakan diri sendiri dan bayi. Jangan terlalu ambil kisah dengan berat badan yang bertambah ke...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Image
 Assalamualaikum semua.. Tak lama lagi dah hari raya Aidiladha kan? Dah buat persiapan ke? Orang selalu kata kalau raya Aidiladha ni tak meriah sangat. Tapi saya rasa meriah atau tak tu bergantung pada kita jugak kan? Pada saya semua raya meriah sebab boleh bercuti dan bersama dengan keluarga tersayang. then ada makan2 pulak. Lagi la best kan? Hehe.. Apapun yang penting adalah maksud raya itu sendiri. Sesetengah orang raya Aidilfitri pun tak meriah. Ye la.. balik raya pun tidak malah ada yang sengaja bekerja.. Hmm... duit boleh cari ye syg2 semua.. ikatan kekeluargaan perlu dipupuk dengan kasih sayang.. Anyway, saya ucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha.. Jangan lupa mengingati mereka yang tiada.. sedekahkan ayat2 suci al Quran kepada mereka ya... (Khusus untuk arwah ibu saya juga.. ) Salam sayang buat semua... Tetap jaga kesihatan anda ya.. Mama Liza 0164219053

RISIKO OBESITI KETIKA HAMIL

Image
Assalamualaikum.. Setiap wanita hamil memang memiliki komplikasi kehamilan yang tersendiri. Masalah obesiti ketika hamil antara yang sering dihadapi oleh sesetengah wanita. Obesiti boleh meningkatkan kadar risiko dalam komplikasi kehamilan individu. Semakin tinggi kadar obesiti individu, semakin tinggilah kadar risiko yang bakal dihadapinya. Musim perayaan ini mendedahkan wanita hamil kepada pelbagai jenis makanan yang manis, masin dan berlemak. Tanpa kawalan yang betul, ia menambahkan lagi risiko bagi wanita yang berpotensi untuk mengalami obesiti ketika hamil.  Jika anda mengalami obesiti banyak risiko yang perlu ditanggung sama ada ketika hamil, ketika bersalin dan selepas bersalin. Antaranya adalah seperti berikut: Ketika hamil * Gestational Diabetes. *Tekanan darah tinggi. *Tanda-tanda abnormal kepada tumbesaran, perkembangan dan kesihatan umum bayi. * Sleep Apnoea  iaitu masalah pernafasan terhenti untuk seketika sewaktu sedang tidur. Ketika ber...

PERSEDIAAN PENYUSUAN SEJAK HAMIL

Image
Adakah anda sedang hamil? Tahukah anda tentang kebaikan penyusuan susu ibu? Jika anda sememangnya merancang untuk menyusukan anak dengan susu ibu, ia adalah pilihan bijak yang terbaik. Jika tidak, sebaiknya anda banyak membaca ilmu penyusuan kerana pasti ia akan mengubah fikiran anda. Seharusnya persediaan penyusuan sudah bermula sejak anda disahkan hamil lagi. Ia sebagai persiapan rapi supaya proses penyusuan berjalan lancar. Berikut adalah beberapa persediaan yang boleh dilakukan oleh bakal ibu. Kumpul maklumat Cari sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan susu ibu. Anda boleh menambah ilmu menerusi kelas, bahan bercetak, laman web, blog, forum dan sebagainya. Sertai komuniti Di Malaysia terdapat banyak komuniti susu ibu yang bermatlamat menyokong para ibu menyusu agar lebih yakin untuk menyusukan si manja. Nombor telefon Kaunselor laktasi sangat diperlukan sewaktu anda mengalami masalah berkaitan penyusuan susu ibu terutamanya pada hari-hari pertama selep...

KENAPA MEMBEDUNG BAYI?

Image
Assalamualaikum..  Bila ada baby yang baru lahir, kebiasaan kita selalu mengeluh sebab selalu je menangis tak kira masa. Jangan la susah hati sangat sebab baby tu baru nak menyesuaikan diri dengan alam barunya. Saya kongsikan tips sedikit memandangkan saya pun baru je melahirkan baby Ryan saya.. :)   Salah satunya adalah membedung baby anda.  Tapi ramai ibu bapa  mengadu anak mereka cukup tidak suka apabila dibedung. Setiap kali dibedung pasti bayi akan menangis tanda tidak selesa atau mengeluarkan tangannya daripada bedungan. Mungkin sebagai ibu bapa baharu, anda masih tidak mahir mengaplikasikan teknik membedung bayi dengan cara yang betul membuatkan si kecil jadi tidak selesa atau bedung tersebut mudah terbuka. Ada beberapa teknik yang harus diikuti untuk memastikan bayi selamat apabila anda mengangkat, mendukung atau membuainya ketika dibedung. Bedung yang tidak kemas akan membahayakan keselamatan bayi. Apa kebaikan membedung bayi? *Bayi yang mas...

MACAMANA NAK DAPAT SUSU BANYAK?

Image
Tidak dinafikan semua ibu mahukan susu yang banyak demi menyusukan bayi mereka selama yang boleh. Tapi berapa ramai yang faham konsep penyusuan? Ramai yang menghubungi saya dan mahu membeli produk shaklee yang ini dan yang itu. Malah full set pun ada. Tapi bila dah amalkan, susu masih sikit. Kemudian mereka beli lagi dengan harapan supaya susu tetap banyak. Sayang2 semua.. anda perlu faham bahawa suplemen hanyalah membantu. Tapi kalau anda tidak mengamalkan konsep asas penyusuan tu, memang susu takkan bertambah dengan banyak. Apa dia konsep asas tu?  1. Kerapkan Menyusu / Mengepam 2. Jangan Tunggu Payudara Penuh  3. Minum banyak Air  4. Fikir Bayi Fikir Susu  5. Berdisplin ketika memerah susu.  6. Tendum Pumping 7. Teknik Marmet 8. Menyusu / mengepam Lebih Lama  9. Penyusuan Malam  10. Urutan  Info lanjut boleh baca  KONSEP ASAS DAN TIPS PENYUSUAN Saya harap anda berupaya menyusukan bayi anda selama yang mungkin. InsyaAllah.. Ja...

MENGANDUNG LAGI?

Assalamualaikum..  Diam tak diam dah menghampiri bulan mei. Bermakna saya juga sudah masuk ke minggu 31 mengandung. Kejap je masa berlalu. Teringat lagi waktu mula-mula morning sickness di awal bulan kedua dulu. Rasa macam siksa sangat. Dalam hati berdoa supaya cepat-cepat la masa berlalu. Sekarang ni dah menghampiri bulan2 terakhir pulak. Hmmm.. Alhamdulillah.. Mula2 dulu rasa letih sangat. Mujur saya bertemankan vitamin Shaklee di sepanjang tempoh ini. Apa yang saya makan? Boleh baca   di sini . Alhamdulillah morning sickness tu tak la menekan perasaan sangat-sangat. Maklumlah tak sangka pun nak mengandung lagi. Anak2 pun dah besar. Tapi bila dah tak morning sickness, rasa macam ok la pulak. Gitu lah kan.. Ibu2 ni macam tu la. Rasa siksa mengandung dan bersalin tapi beberapa tahun kemudian, boleh pulak mengandung lagi. Mula tu rasa serik tapi kemudian mengandung lagi dan lagi.. Hehehe InsyaAllah saya akan melahirkan beberapa ,inggu lagi. Doakanlah saya ya.. Semoga...

SUPPLEMENT SEMASA HAMIL

Apabila saja disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi memberikan bayi yang bakal dilahirkannya.  Salah satu perkara yang menjadi lumrah di kala hamil ialah pengambilan supplement.  Namun, terdapat bakal2 ibu yang masih ragu2 dengan pengambilan supplement, meskipun yang diberi oleh klinik/hospital yang dikunjungi tatkala lawatan ante-natal. Ini adalah kerana beberapa tohmahan tentang supplement dan vitamin, misalnya: “Vitamin semasa mengandung membuatkan anak besar” “Vitamin semasa mengandung menggemukkan” Apakah sebenarnya tujuan pengambilan  supplement dan vitamin semasa hamil ? Vitamin A Mengelakkan rabun malam Membina sel otak Mengelakkan kelesuan *Umum mengetahui bahawa Vitamin A boleh menjadi toksik jika diambil berlebihan. Oleh itu vitamin A diambil dalam bentuk multivitamin, dan jika perlu hanya ambil dalam bentuk pro-vitamin A. Produk Shaklee untuk vitamin A :  Vitalea Produk Shakle...

AMBIL VITAMIN DENGAN ILMU YANG BETUL

Image
Ramai orang yang mengambil vitamin bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan. Ini kerana pengambilan vitamin adalah amat penting untuk tubuh kita. Ia bukan bertujuan untuk menggantikan makanan yang kita ambil tetapi untuk memenuhi sumber zat dan keperluan tubuh yang lompong akibat pengambilan makanan yang tidak menentu. Namun perlu diingat, jika anda mengambilnya tanpa ilmu, seperti mengambilnya serentak, sedangkan ia tak boleh serentak, adalah sangat merugikan. Tahukah anda? Ada beberapa tips supaya pengambilan vitamin mencapai tahap yang anda inginkan..  Vita-Lea tidak boleh diambil serentak dengan air susu. Ini boleh menyebabkan gangguan penyerapan zat besi yang terkandung di dalam Vita-Lea. Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa Complex, kerana alfalfa boleh menyebabkan gangguan penyerapan vitamin E. Alfalfa dan Vitamin E tidak disarankan untuk ibu mengandung, kerana ia boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan. Vitamin E dan GLA Compl...

PENGEDAR SAH SHAKLEE BANDAR MAHKOTA CHERAS, KAJANG, KUALA LUMPUR

Image
ASSALAMUALAIKUM... Kepada yang mahu mendapatkan vitamin SHAKLEE secara COD di kawasan-kawasan berhampiran, boleh terus hubungi saya untuk temujanji.  Penghantaran melalui pos juga boleh ya.. Salam sayang.. Liza 0164219053

SEGARKAN BADAN SEMASA BERPANTANG

Image
Biasanya ibu yang dalam tempoh berpantang mudah letih dan lesu. Menyesuaikan diri dengan kehidupan baru bergelar ibu memang melelahkan.  Sekiranya sudah mempunyai anak lain, kelahiran bayi baru pasti memberikan tanggungjawab baru buat ibu. Justeru petua orang lama ada memberikan kaedah mudah menyegarkan kembali tubuh badan yang letih dan lesu. Ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan, kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin. In sha Allah badan ibu akan terasa segar dan bertenaga kembali untuk menjalankan tanggunjawab dengan cergas. Atau anda boleh menggunakan kaedah pemakanan suplemen sepanjang tempoh berpantang yang sememangnya diakui oleh ibu-ibu tentang keberkesanannya.  Antara khasiat set berpantang Shaklee: Vitalea… Mengandungi  keperluan 28 vitamin dan mineral  penting yang di perlukan oleh orang dewasa. Oleh kerana,ibu ba...

AJAIBNYA KUASA SENTUHAN

Image
Sentuhan mempunyai magis yang sangat kuat. Melalui sentuhan, kasih sayang terbina utuh. Antara suami dan isteri, antara ibu dan anak juga antara ayah dan anak. Ia menjadi komunikasi di awal kelahiran seorang bayi. Kajian yang telah dilakukan di seluruh dunia mendapati sentuhan memberikan kesan positif kepada bayi. 1.    Bayi yang baru lahir mampu merasa sentuhan daripada ibu dan ayahnya. Sentuhan yang dilakukan dengan  kasih sayang  dapat menenangkan bayi yang berada dalam keadaan yang tidak selesa. 2.    Ketika baru lahir, tangannya sentiasa dalam keadaan seperti menggenggam sesuatu dan bayi sentiasa menggerakkan anggota badannya seperti tangan dan kaki. Bayi akan  bertindak balas  apabila disentuh atau diagah oleh ibu ayahnya. 3.    Peluk, dukung dan mengurut bayi merupakan satu cara untuk  merangsang deria  sentuhan. Jangan tinggalkan bayi terlalu lama bersendirian kerana ini akan menghalang b...

VITAMIN UNTUK DIABETIS

Image
Kira-kira 8.3% dari orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes, dan kebanyakannya diabetes type 2. Diabetes jenis ini dikatakan bersifat keturunan, yakni bila ibu bapa ada menghidap diabetes, anak-anaknya mempunyai risiko sehingga 80% untuk turut menghidapnya. Namun kajian terbaru menunjukkan bahawa tabiat memberi makan terlalu awal kepada bayi mendedahkan mereka kepada diabetes type 2 bila dewasa nanti. Penjagaan pesakit diabetes dalam  program diabetes Shaklee  sama sekali tidak untuk menyembuhkan sakit diabetes ini sebaliknya mengawal kandungan gula dalam darah, sekaligus mengawal diabetes dari menjadi teruk. Apakah supplement Shaklee yang boleh diambil untuk membantu pesakit diabetes? Suplemen asas untuk kencing manis ialah sepertimana berikut: - B complex - Zinc Complex - Vitalea Pesakit kencing manis juga boleh mengambil suplemen di bawah untuk kesan yang lebih baik: - Vivix - Cinch Shake Mix - Omega Guard Insya-Allah, dengan pengambilan konsiste...

HILANGKAN JERAGAT DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE

Image
Hilangkan Jeragat Dengan Petua Vitamin dan ESP Shaklee Jeragat dikenali sebagai tompok hitam, pigmentasi kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher. Ramai orang mengadu sukar untuk hilang jeragat terutamanya di muka kerana walaupun jeragat bukan penyakit berbahaya tetapi menyebabkan kulit tidak cantik di bahagian wajah terutamanya. Untuk hilangkan jeragat ini kebanyakkan kita menggunakan alat-alat kosmetik penyamar noda. Tetapi penyamar noda ini bersifat sementara dan tidak asli. Sebagai wanita dan juga isteri takkan kita asyik nak bermekap sehingga waktu tidur. Ini juga membahayakan kesihatan kita, kerana kebanyakkan alat kosmetik mengandungi bahan kimia berbahaya yang memberi kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan wanita terutamanya pelabagai jenis  kanser, masalah kekesuburan dan juga berisiko menjejaskan janin. Tanpa bantuan peralatan kosmetik dan juga membuat facial treatment di sa...