Posts

Showing posts with the label motivasi

TETAP BERSEMANGAT BERSAMA SHAKLEE

Image
Hari ini seorang downline saya yang bekerja di hospital memberitahu saya yang dia diberitahu oleh kawannya yang juga kakitangan hospital; produk Shaklee bahaya kerana mengandungi bahan kimia yang berlebihan. Bahaya itu sehingga menyebabkan orang tu masuk hospital. Kelam kabut rakan niaga saya tu. Kesian dia.. Padahal dia baru nak memulakan bisnes dalam Shaklee ni.. Sabar ya cik Ruby.. Saya rilex aje sebab dan banyak kali mendengar orang bercakap yang tidak baik mengenai produk yang dijual oleh orang lain. Biasa berlaku tetapi ia adalah tidak sihat di dalam perniagaan. Saya berani menyatakan yang ia adalah tuduhan tidak berasas dan semata-mata bertujuan untuk menghancurkan bisnes orang lain. Dengan lain perkataan, ia hanyalah perbuatan orang yang dengki dan iri hati. Pada hemat saya, jika benarlah berlaku hal seperti itu, ada beberapa tindakan yang boleh diambil oleh orang yang berkenaan: 1. Laporkan kepada pihak kementerian kesihatan 2. Cari bukti kesahihan pada kejadian yang...

BERTANYALAH UNTUK MENAMBAH PENGETAHUAN

Assalamualaikum... Rasanya dah 2 minggu saya tak menulis di dalam blog kesayangan saya ini. Maklumlah sejak 2 minggu ini saya outstation tak berenti dan bila ada kelapangan di rumah pun, saya tak sempat menulis juga. Dengan anak2 yang rindu nak bermain2 dengan ibunya dan juga tanggungjawab mengemas rumah yang tak selesai2... Minggu lepas walaupun tiada pesanan vitamin shaklee daripada saya, tapi tetap ada melalui suami.. Sudah tentu saya turut meminta suami untuk mempromosikan kebaikan shaklee dengan kawan2nya.. So, kadangkala ada juga order walaupun tak banyak. Saya selalu menekankan kepada customer yang saya tidak kenali sama ada melalui blog ataupun kawan2 suami, saya tidak hanya menjual suplemen tetapi juga consultasi nya sekali. Saya tidak mahu anda membeli dengan tiada ilmu di dada mengenai penyusuan. Saya juga tidak mahu menghampakan harapan anda apabila anda datang kepada saya dengan penuh harapan sebaliknya apa yang anda harapkan tidak menjadi kenyataan. Bukan sekali dua...

BUKAN MUDAH JIKA TANPA KESUNGGUHAN

Assalamualaikum... Waktu-waktu begini biasanya saya sedang jalan2 sambil mencuci mata sama ada di Sogo atau Maju Junction.. Hari Jumaat memang selalu dinanti2kan oleh kami yang bekerja di bangunan sekitar Sogo.. Tapi hari ini, Jumaat pertama yang saya lalui di bangunan baru di Putrajaya. Sunyi saja nampaknya. Nak berjalan2 tak terasa nak pula. Maklumlah jauh... Rakan di sebelah ni sudah hanyut dibuai mimpi. Tidur tengahari memang syok kan? Hehehehehe Tiba-tiba saya teringat anak-anak di rumah baby sitter terutamanya adik Eman.. Rindu pada dia. Kalau saya ada di rumah, tentunya dia sedang berguling2 di tepi saya sambil memegang nenen.. Sekejap2 di akan menyusu.. Alangkah indahnya keadaan itu.  Saya tidak menyangka sebenarnya dapat menyusukan dia selama ini... Sedar tak sedar, sudah lebih setahun 3 bulan umurnya. Dan selama tempoh itu juga dia mengempeng dengan saya. Sebelum menyusukan dia, saya terbayangkan hanya mampu memberikan susuibu setakat setahun saja. Itupun dah cukup ...

MOTIVASI DIRI

Assalamualaikum... Pagi2 lagi sudah mengadap laptop untuk apply online UKM.. Sudah lama tertangguh akibat kesibukan kerja di ofis. Bila cuti pulak ada saja hal yang memerlukan penyelesaian.  Bercerita tentang sambung belajar ni, sudah lama sebenarnya hajat untuknya. Tapi baru tahun ini dapat direalisasikan. Ada saja halangannya. Tapi saya yakin bahawa kerja baik itu insyaAllah akan diredhai olehNya.. Akhirnya terlaksana jua hajat itu dengan kerajaan meluluskan permohonan biasiswa saya... Gembiranya hati... Selepas ini rutin saya akan berubah. Dengan kerenah anak2 dan keluarga, kelas dan tesis, pasti mencabar juga.. Tapi, saya yakin boleh menghadapi semua itu... Orang kata kalau kita tidak berusaha, sampai bila pun tidak akan berjaya...kan?? Saya berhenti dulu setakat ini ya...  Salam sayang... Mama Liza...

PROMOSI TERKINI EUPHORIA

Assalamualaikum... Khas buat pembaca blog saya yang budiman... Kumpulan Shaklee menyediakan khidmat konsultasi secara tertutup untuk semua customer Euphoria Shaklee. Apa yang perlu anda lakukan? 1. Add saya di fb dan maklumkan anda mahu menyertai kumpulan ini 2. Anda perlu menjadi customer kami terlebih dahulu 3. Maklumkan anda mahu menyertai kumpulan ini  Apakah kelebihan menyertai Shaklee GBS ? 1. Anda boleh mendapat perkhidmatan konsultasi tentang produk yang akan dipantau sebaiknya oleh ahli Euphoria. 2. Semua tawaran terkini boleh didapati dalam kumpulan ini.  3. Ada cabutan bertuah, aktiviti menarik dan harga yang khas untuk customer kami. 4. Kumpulan tertutup ini ditubuhkan untuk menghargai semua customer kami. 5. Anda akan mendapat info dan tips terkini. Ianya sangat ESKLUSIF untuk customer kami sahaja. Jom sertai hari ini juga! Jika anda tiada akaun di FB, jom daftar hari ini supaya anda tidak ketinggalan aktiviti kami pada b...

ANAKKU SEMANGATKU

Assalamualaikum... Sejak kebelakangan ini keadaan saya tidak begitu sihat. Mungkin kerana saya agak sibuk ditambah lagi dengan jadual outstation yang padat serta cuaca yang tidak menentu.. Anak-anak pun begitu juga.. Si kecil Eman pun baru saja sembuh daripada demam dan batuk.. Alhamdulillah sekarang sudah sihat sepenuhnya... Sepanjang minggu lepas saya mengambil kesempatan outstation dengan membawa bersama keluarga.. Sementelah cuti perayaan Depavali, maka saya tidak mengabaikan begitu saja peluang itu.. Mula-mula kami ke Kelantan, sambil-sambil singgah di rumah mertua dan menyambung perjalanan ke Terengganu melalui jalan pantai. Cantiknya pemandangan. Walaupun cuaca tidak menentu, kadangkala cerah kadangkala hujan namun sempat juga saya shoping di Kota Bharu dan Pasar Payang serta makan-makan di Batu Buruk. Kami juga tidak melepaskan keseronokan bersiar-siar di pantai serta anak-anak bermandi manda di kolam renang hotel.  Saat itu saya merasa amat gembira kerana sambil beke...

JANGAN DIULANGI KESILAPAN ITU....

Assalamualaikum Lama sudah tidak menulis di blog ini.. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, saya terlalu sibuk dengan tugas-tugas di pejabat.. Dalam beberapa kesempatan, cuba juga untuk membaca beberapa berita yang menarik tidak kurang juga yang tidak menarik hati... Hari ini saya tidak menulis mengenai penyusuan kerana ada sesuatu yang saya terasa ingin berkongsi dengan anda yang membaca blog saya ini... Semalam saya dan sudah tentu anda juga ada membaca berita mengenai seorang remaja yang masih bersekolah telah mengandung dan bersalinkan anaknya... Perkara yang sudah biasa kita dengar tentunya... Namun apa yang mengguris hati saya apabila melihat sekujur tubuh bayi yang asalnya masih bernyawa tetapi telah dikelar-kelar hingga menemui ajalnya. Tak sanggup untuk saya membaca berita itu seterusnya. Apa yang saya sempat fahami, remaja itu bertindak begitu kerana teman lelakinya tidak mahu bertanggungjawab ke atas bayi mereka.... Astaghfirullah.... Saya menggeleng-gele...

BULAN PUASA SUSU MENCURAH-CURAH...

Image
Sekadar perkongsian ringkas dan mudah2an memberi manfaat kepada semua ibu yang berpuasa. Perasan tak apa yang beliau lakukan untuk membanyakkan susunya? " Saya telah tambahkan sesi mengepam" Apa yang beliau perolehi hasil kesungguhan beliau? " Di bulan puasa ini saya amalkan ESP + PD + set B. Ya ALLAH! mencurah-curah susu. Menangis saya kerana kesabaran saya membuahkan hasil akhirnya. Alhamdulillah..." Nak berjaya dalam penyusuan tidak semudah ABC...perlu kesungguhan, kesabaran dan sifat istiqamah. Maka ibu-ibu yang sedang berusaha , amiklah iktibar dan semangat puan ini. Mudah-mudahan usaha diberkati dan hasil diperolehi seperti yang dihajati. Amin. Boleh email kepada saya di lizahzza74@yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-4961093 untuk konsultasi percuma. Salam sayang  ... Mama Liza...