HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

Assalamualaikum

Musim cuti sekolah dah dekat. Tak lama lagi tentu ramai yang telah merancang untuk bercuti kan? Tak kira la bercuti di tempat2 pelancongan atau just balik kampung. Ataupun ada yang dah ada jadual untuk pergi kenduri di rumah saudara mara atau rakan taulan.

Minggu lepas saya sekeluarga dah balik kampung di Kelantan. Rasanya cuti sekolah yang panjang ni kami tak balik kut. Baru je balik. Lagipun cuaca agak tak menentu. Risau jugak dengan perjalanan jauh. Tapi tengok lah dulu.. Kadang2 tetiba je rasa nak balik. Hmm..

Saya nak share tentang perjalanan kami minggu lepas tu. Bukan share apa.. share info tentang homestay je. Hehehe..



Memandangkan saya ada anak kecik, baru 4 bulan, kami suami isteri merancang untuk taknak lalu di kawasan Merapoh tu pada waktu lewat malam. Kenapa lewat malam pulak? Balik keje petang tu baru kami bertolak. Lebih kurang 4 petang. So kat Benta pun dah jam 7 malam. So kami ambil keputusan untuk singgah di Benta. Atas pertolongan seorang kawan, kami pun menginap di homestay kat sana. 


Errr... interprem jap.. hehe..

Sapa yang tak tau Benta kat mana? Hmm... area Kuala Lipis.. Pahang.. Anda akan lalu kat Benta ni kalau nak ke Kelantan jika dari Kuala Lumpur.

Hmmm.. memang selesa tau? Tengok la picture2 yang saya share kan ni. Memang sesuai sangat untuk kami sekeluarga. Rasanya kalau nak duduk 3 family pun boleh. Memang selesa.



Semua kemudahan pun cukup. Ada peti ais, dapur, katil memang cukup sangat2 la. Siap apa comforter lagi. Bantal..


Malah ada aircond lagi..



Ada sesiapa nak masak pun boleh.. 


Ni kalau ada yang nak touchup.. Besar cermin dia. Jerawat pun nampak. Hehehe



Hmm.. Kalau nak makan kat luar pun boleh. Ada deretan kedai makan di kawasan berhampiran, just 5 minit perjalanan je. Saya lupa pulak nak ambik picture. Tapi memang dekatlah.. Harga pun murah. Sedap pulak tu..

Memang selesa sangat. 



Rasanya kalau saya nak balik kampung lagi, mungkin saya akan menginap kat sana lagi. Harga pun berpatutan. Bukan rate bandar tau? Tu yang best tu.. Call aje kat number yang tertera tu.. 

Esoknya selepas subuh, kami meneruskan perjalanan. Singgah kat restoran ni kejap. Macam2 makanan ada. 24 jam bukan tau? Tu yang best.. 




Alhamdulillah jam 11 pagi dah sampai di Kelantan. Rilex je.. Tak letih dan alhamdulillah keselamatan pun lebih terjamin sebab hubby drive pun dalam keadaan tak mengantuk.

So, kalau ada sesiapa nak cuba, boleh call number tu ya? Saya syorkan pada anda.. :)


Salam sayang.. Mama Liza
0164219053

Comments

Popular posts from this blog

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?