Posts

Showing posts with the label knowledge

MEMAHAMI APAKAH SUSU IBU??

Komposisi susu ibu Lemak jumlah (g/100 ml) 4.2 asid lemak - kepanjangan 8C (% ) sisa asid lemak tepu (%) 14 Protein (g/100 ml) jumlah 1.1 kasein 0.4 0.3 a-laktalbumin 0.3 laktoferrin 0.2 IgA 0.1 IgG 0.001 lisozim 0.05 serum albumin 0.05 ß-laktoglobulin - Karbohidrat (g/100 ml) laktosa 7 oligosakarida 0.5 Mineral (g/100 ml) kalsium 0.03 fosforus 0.014 natrium 0.015 kalium 0.055 klorida 0.043 Penyimpanan susu ibu segera Susu ibu segera boleh disimpan untuk digunakan kemudian. Ia disarankan agar susu ibu disimpan dalam bekas kedap udara dan kuat kekuncinya. Terdapat juga beg plastik khusus dibuat untuk menyimpan susu ibu segera untuk tempoh masa kurang 72 jam- dan perlu disimpan dalam peti sejuk bagi mengekalkan kesegarannya. Jika susu ibu disimpan dalam peti sejuk beku, ia boleh dikekalkan kesegarannya sehingga 6 bulan. Jumlah masa penyimpanan yang baik bagi kegunaan bayi di ruma...

Penghasilan Susu Ibu

Assalamualaikum...   Entry kali ini saya nak cita pasal penghasilan susu ibu plk. Just untuk knowledge pembaca semua ya... Dibawah penghasilan hormon prolaktin dan oksitoksin yang dikeluarkan oleh kelenjar mammari , wanita yang mengandung dapat menghasilkan susu untuk menjadi makanan utama bagi bayinya apabila dilahirkan nanti. Susu ibu yang dihasilkan pada 7 minggu pertama sewaktu bayi masih dalam kandungan dapat menghasilkan kolostrum , dimana ia tinggi akan kandungan immunoglobulin IgA , dimana dapat memelihara sistem gastrointestinal bayi dengan baik. Kolostrum juga bertindak menjaga dan melindungi sistem imun semulajadi bayi sehinggalah ia dapat bekerja dengan baik seperti manusia normal biasa. Kolostrum juga dapat menghasilkan laksatif ringan dan lembut pada bayi, dimana laksatif dapat menghasilkan mekonium bagi membantu dalam melindungi tubuh dari penciptaan bilirubin (faktor penyumbang masalah kekuningan (jaundice). Di sinilah kita...

APA ISTIMEWANYA SUSU IBU?

Assalamualaikum... Sedikit perkongsian mengenai susu ibu.. Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payu dara . Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi . Namun begitu konteks yang akan diterangkan dalam entry ini lebih menekankan tentang susu ibu manusia . Susu ibu dilihat sebagai makanan awal dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 2 tahun. Pada keperluannya, bayi baru lahir amat diperlukan dan disarankan agar terus diberi makan hanya dengan susu ibu sehingga umur bayi menjangkau 6 bulan. Ibu yang telah melahirkan anak adalah amat bersesuian untuk terus menggunakan susu yang keluar dari payu daranya untuk disusukan buat bayi kelahiranya. Namun berikutan penciptaan pam payu dara, kini lebih ramai ibu-ib...

MAKANAN YANG BOLEH MENGGANTIKAN VITAMIN

Assalamualaikum... Susah hendak dapatkan vitamin? Anda jangan risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri. Tidak percaya? Cuba anda pergi ke dapur. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin. Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya. i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi. ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C. iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi. iv) Nanas - vitamin A, B, dan C. v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A. vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1. vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2. viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D. ix) Sayuran be...

ELAKKAN MENGAMBIL MAKANAN SEGERA

Image
Assalamualaikum... Pasti anda (mungkin kanak-kanak atau orang yang sudah dewasa) rambang mata kalau pergi ke kedai runcit. Macam-macam kerepek, 'jajan', gula-gula ada dijual di kedai itu dan anda merasakan hendak membeli semua makanan ringan itu. Kalau keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah pula, pasti mata anda tertumpu pada kedai-kedai atau restoran makanan segera kan? Ditambah lagi dengan pelbagai hadiah mainan yang menarik, makin membuak-buak keinginan anda untuk memasuki kedai makanan segera itu. Tetapi anda tahu tak kenapa makanan segera itu tidak elok kepada kesihatan badan? Terdapat beberapa kesan yang tidak elok sekiranya mengambil makanan segera terlalu kerap.   Kesan mengambil makanan segera   Obesiti - Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam...

SEJARAH VITAMIN

 Assalamualaikum... Sekadar menambah ilmu pengetahuan..   Perkataan vitamin telah diusulkan oleh seorang pakar biokimia yang berbangsa Poland pada tahun 1912. Vita di dalam bahasa Latin bemaksud kehidupan dan mine -amine adalah adalah kata tambahan dari amine ; kerana pada masa itu ramai yang menyangka bahawa semua vitamin adalah amine dan sekarang kesalahan ini telahpun disedari. Nilai memakan makanan tertentu bagi mengekalkan kesihatan telah diketahui lama sebelum vitamin dikenal pasti. Orang-orang Mesir purba tahu bahawa memberi pesakit makan hati akan membantu merawat rabun malam , yang kini diketahui akibat kekurangan vitamin A .  Pada 1747 , pakar bedah Scotland , James Lind menyedari bahawa makanan sitrus membantu menghalang beri-beri ( scurvy ) , penyakit yang mampu membawa maut di mana kolagen tidak terbentuk dengan sempurna, dan ciri-ciri yang muncul adalah luka lambat sembuh, pendarahan pada gusi , dan rasa sakit yang ter...

KURMA SEBAGAI PENENANG PERASAAN

Sedikit perkongsian mengenai khasit Kurma sebagai kaedah untuk menenangkan perasaan... Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina Maryam a.s; "Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan". Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan. Triptofan merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang boleh memberikan ketenangan kepada manusia. Tanpa triptofan, manusia akan rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah. Penyelidikan klinikal juga ...

KURMA SEBAGAI MAKANAN HARIAN

Saya ingin berkongsi maklumat dalam makanan kebiasaan kita agar turut memberi faedah dalam kehidupan kita... Kurma merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara kita terutamanya apabila menjelang Ramadan. Kurma merupakan hidangan wajib ketika berbuka puasa. Kurma atau tamar atau istilah saintifi knya, phoenix dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada umat manusia. Disebabkan kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebut kalimah kurma sebanyak 21 kali dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26 yang maksudnya: Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka, makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan. (Maryam : 25) Maka daripada ayat ini, kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin dan menenangkan hati beliau ketika hendak me...