KURANGKAN BERAT DENGAN SET KURUS SHAKLEE
Assalamualaikum... Lama sudah saya tidak menulis. Rindu rasanya pada blog kesayangan saya ini. Tapi sejak seminggu dua ni agak sibuk dengan tugas-tugas seharian sehingga tak sempat dan update walaupun banyak benda yang nak ditulis. Hmmmmm... Sejak kebelakangan ini nampaknya hobi saya telah bertambah. Jika sebelum ini saya suka membaca, menulis, shoping :) kini bertambah satu lagi iaitu membuat kuih dan kek. Nampak menarik hobi ini kan? Ada berbagai jenis bahan yang telah saya beli dan bermacam jenis kek juga yang saya dah buat. Seronok membuatnya apatah lagi ia menjadi.. Bila memikirkan keseronokannya memang rasa macam nak buat setiap hari. Tapi bila memikirkan kandungannya, hmmmmmm.... Sebenarnya ramai orang yang tak nak ambil tahu apa yang dimakan sebab apa yang penting bagi kebanyakkan kita ialah SEDAP..Dan selalunya apa yang sedap itu, itulah yang PALING BERLEMAK, MANIS, BANYAK PERASA, PALING B...