6 SEBAB VITAMIN YANG ANDA AMBIL TIDAK BERKESAN
Sering juga saya mendengar orang mengeluh apabila vitamin yang mereka makan tidak memberi kesan sebagaimana yang diharapkan. Ada juga yang merungut kerana membeli dengan harga yang mahal sedangkan keadaan diri mereka sama saja. Tapi, sedarkah anda, bahawa tabiat anda semasa pengambilan vitamin ini boleh mempengaruhi ketidakberkesanan Vitamin yang anda ambil? 1. Tak suka minum air putih Anda tidak suka mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 3 Liter sehari. Tabiat ini adalah kerana, anda lebih sukakan minuman yang berwarna dan berperisa. Tahukah anda ? - Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan ia boleh menyebabkan kegemukan Saranan - Pengambilan air putih yang mencukupi setiap hari bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Minum air putih yang di masak, sekurang-kurangnya 3L sehari. 2. Makan Vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa Jika anda seorang yang gemar mengambil vitamin dengan kuantiti yang banyak sekal...