WANITA, IBU DAN PENAMPILAN


Assalamualaikum...


Beberapa hari lepas wajah saya ditumbuhi jerawat. Bukan jerawat baiasa, tapi jerawat batu. Tumbuhnya pulak bukan alang2 tempat. Tapi di tahi lalat hidup saya.. Hehehehe.. Menggelabah beberapa hari.. Maklumlah dah lama kulit wajah saya tak ditumbuhi jerawat.


Kenapa entry saya kali ini berbicara tentang jerawat? Tak ada apa lah... Saya suka dengan orang yang mementingkan penampilan yang menarik. Cantik atau tidak bukanlah soal utama kerana kecantikan itu tidak saja dari raut wajah tetapi juga dari dalam diri... Biasanya kecantikan luar dan dalam itu membuatkan kita tambah yakin dengan pembawaan diri kita kan?

Sebab itulah saya amat risau kalau2 kulit saya ada jerawat.. Sejak beberapa bulan ini sejak saya mengamalkan vitamin c, ESP ostematrix, kulit saya kekal bersih daripada jerawat. Cuma sesekali ada sebiji dua.. Ok la tu kan... 

Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka dan kadangkala tumbuh pada  dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atau bonjolan berwarna merah. Jerawat atau acne sebenarnya merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak pada bahagian kulit. Kajian dalam bidang perubatan telah menunjukkan terdapat lebih kurang lima puluh jenis jerawat. 

Bagaimana jerawat terhasil?

Jerawat (acne vulgaris) disebabkan beberapa faktor yang saling berkaitan antaranya adalah keturunan, hormon dan kuman (bakteria).Kerana itulah saya lebih suka menjaga kulit agar tidak ditumbuhi jerawat melalui penjagaan luaran dan amalan suplemen. Barulah saya bertambah yakin dengan penampilan. Suami tengok pun senyum aje kan.... Maklumlah umur pun makin meningkat. Jadi sudah tentu penjagaan penampilan pun perlu lebih diberi perhatian.



Salam sayang.. Mama Liza
0164219053

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?