TOLONG PRIHATIN DENGAN KANAK-KANAK


Assalamualaikum..

Minggu ini kita dikejutkan dengan video yang tersebar luas berkaitan kanak-kanak dibungkus ketat serta diplaster mulutnya sewaktu tidur..

Luluh rasa hati saya apabila melihat video singkat tersebut. Walaupun ia bukan anak saya atau anak orang yang saya kenali tetapi naluri keibuan saya rasa terpanggil untuk menulis mengenainya di blog ini.. Saya rasa pembaca semua turut merasa kesal dengan situasi tersebut.

Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah betapa perlunya kita buat spot check di tempat anak kita dijaga semasa ketiadaan kita. Apa salahnya sesekali kita berprasangka buruk, semata2 untuk keselamatan anak-anak kesayangan kita. Ataupun kita prihatin pada pusat jagaan berhampiran  walaupun anak kita tidak berada di sana. Periksa keadaan penghuni di pusat jagaan tersebut. Manalah tahu kalau2 ada sesuatu yang tidak baik berlaku di sana.


So, sekiranya ada perkara yang agak ganjil dalam penjagaan pusat jagaan tersebut, apa harus kita lakukan? Apakah perkara ganjil itu?


Ingin saya nyatakan di sini bahawa apa sahaja perkara yang meragukan seperti bunyi kanak2 menangis terlalu kuat, menangis terlalu lama, menjerit apatah lagi kalau terdengar mereka mengaduh kesakitan, jangan ragu2 untuk melaporkan kepada pihak yang berwajib. Apatah lagi kalau anda melihat sendiri peristiwa tersebut.

Siapa pula pihak berwajib?

Hubungi saja polis atau pegawai kebajikan masyarakat daerah (JKM) yang berhampiran tempat peristiwa itu berlaku atau telefon di talian 15999. Laporkan saja!!  Kalau anda tidak mahu identiti anda dikenali, jangan risau kerana JKM tidak akan memaksa anda mendedahkan identiti pengadu... 

Mungkin dengan sikap prihatin anda, penganiayaan yang seterusnya tidak akan berlaku lagi malah mungkin satu atau beribu nyawa boleh diselamatkan.  InsyaAllah...

Saya suka dengan tugas saya - Pelindung Kanak-Kanak...

Salam sayang.. Mama Liza
016-4219053





Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?