Penghasilan Susu Ibu


Assalamualaikum...  

Entry kali ini saya nak cita pasal penghasilan susu ibu plk. Just untuk knowledge pembaca semua ya...

Dibawah penghasilan hormon prolaktin dan oksitoksin yang dikeluarkan oleh kelenjar mammari, wanita yang mengandung dapat menghasilkan susu untuk menjadi makanan utama bagi bayinya apabila dilahirkan nanti. Susu ibu yang dihasilkan pada 7 minggu pertama sewaktu bayi masih dalam kandungan dapat menghasilkan kolostrum, dimana ia tinggi akan kandungan immunoglobulin IgA, dimana dapat memelihara sistem gastrointestinal bayi dengan baik. Kolostrum juga bertindak menjaga dan melindungi sistem imun semulajadi bayi sehinggalah ia dapat bekerja dengan baik seperti manusia normal biasa. Kolostrum juga dapat menghasilkan laksatif ringan dan lembut pada bayi, dimana laksatif dapat menghasilkan mekonium bagi membantu dalam melindungi tubuh dari penciptaan bilirubin (faktor penyumbang masalah kekuningan (jaundice). Di sinilah kita dapat memahami kenapa susu ibu amat penting untuk diberikan kepada bayi sejak awal kelahirannya..

Masalah ketidakmampuan penghasilan susu yang cukup jarang berlaku kepada ibu mengandung di dunia ini. Kajian menunjukkan ibu di negara-negara membangun lebih mengalami masalah kesukaran menghasilkan nutrien yang cukup dalam susu mereka berbanding ibu dari negara maju. Terdapat banyak sebab mengapa ibu tidak dapat menghasilkan susu dengan cukup. Mungkin akibat lekapan yang yang kurang betul (i.e. bayi tidak menghisap puting payu dara ibu dengan efisyen atau mungkin juga posisi hisapan dan penyusuan tidak betul), penjagaan yang tidak baik atau pengepaman payu dara bagi pengeluaran susu tidak cukup bagi penghasilan susu yang seimbang, pengambilan ubat-ubatan dan meditasi (misalnya mengandungi estrogen kontraseptif hormon, dimana berkaitan dengan kegagalan penghasilan prolaktin.

Jumlah susu yang dihasilkan bergantung pada kekerapan penjagaan payu dara oleh ibu atau pengepaman payu dara; semakin kerap ibu menjaga bayinya dengan baik atau semakin tinggi kadar pengepaman payu dara, maka makin tinggi la susu ibu yang dihasilkan. Ia sangat membantu untuk menjaga kerana ia merupakan satu permintaan-bayi. Bayi kadangkala amat memerlukan susu dengan tidak mengikut jadual penyususannya, maka ibu seharusnya lebih peka untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi bayinya khususnya dengan meningkatkan kadar pengambilan makanan seimbang dan berzat tinggi. Ibu boleh menggunakan pam payu dara versi elektronik kerana ia dapat merangsang pengeluaran susu dengan baik dan mencukupi.

Apa yang penting, di awal2 kelahiran bayi, ibu2 seharusnya mempunyai pengetahuan yang cukup berkaitan khasiat susu ibu. Ia bagi mengelakkan ibu tidak bersemangat memberi anaknya susu ibu. Siapa yang tidak mahu memberikan yang terbaik untuk anaknya kan?

Sekian dulu untuk kali ini.. 

Salam sayang.. Mama Liza
0164219053

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?