ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI...

Assalamualaikum...

Ketika saya memulakan penulisan ini, berita tv3 sedang memaparkan peristiwa pengkebumian arwah Nurul Nadira...

Teringat beberapa hari lalu saya mendengar berita tentang kehilangannya, berita kehilangan kanak-kanak untui yang kesekian kalinya. Sejak berita kehilangan itu, setiap hari saya terlihat poster mengenainya ditampak di merata tempat di bangunan ofis saya. Walaupun ada pelbagai cerita mengiringi kehilangannya tapi hati kecil saya tetap rasa sedih dan terkilan.

Kesedihan dan rasa terkilan saya semakin memuncak apabila semalam berita memaparkan kematian kanak-kanak malang itu. Dan bertambah malang apabila mengetahui kematian kanak-kanak itu adalah dengan cara yang amat tidak berperikemanusiaan sekali. Dia dibakar...

Allah Maha Besar Maha Berkuasa. Hanya Dia yang mampu memberi segalanya.. Saya memohon agar pembunuh kanak-kanak itu diberi hadayah olehNya agar tidak lagi melakukan perkara yang sama.. Hanya Allah yang tahu siapa dia dan mengapa dia melakukannya.. Hanya Allah jua yang dapat membalas segala kekejaman itu...

Kepada ibu, bapa dan penjaga kanak-kanak di luar sana, ingin saya mengingatkan malah mengingatkan saya sendiri juga.. Peliharalah anak anda dengan penuh kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya. Usah biarkan mereka bersendirian sehinggalah mereka sudah cukup dewasa.. Saya selalu berandaian bahawa anak2 itu masih kecil dan tidak berupaya membuat keputusan segera apabila ada perkara yang berlaku secara tiba2.. 

Janganlah kerana kelalaian kita, mereka menerima nasib yang kita sendiri tidak mampu untuk hadapi. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi dan hikmah bagi setiap perkara yang terjadi. Apa yang saya tahu, kejadian itu sepatutnya menjadi pengajaran buat kita semua tentang bagaimana cara terbaik menjaga anak2 kita. Dan selepas itu, biarlah Allah yang menentukan segalanya...

Alfatihah buat arwah Dirang...

Salam sayang... Mama Liza
 

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?