KURANGKAN BERAT DENGAN SET KURUS SHAKLEE


Assalamualaikum...

Lama sudah saya tidak menulis. Rindu rasanya pada blog kesayangan saya ini. 
Tapi sejak seminggu dua ni agak sibuk dengan tugas-tugas seharian sehingga
 tak sempat dan update walaupun banyak benda yang nak ditulis. Hmmmmm...

Sejak kebelakangan ini nampaknya hobi saya telah bertambah. Jika sebelum
 ini saya suka membaca, menulis, shoping :) kini bertambah satu lagi iaitu 
membuat kuih dan kek. Nampak menarik hobi ini kan? Ada berbagai jenis 
bahan yang telah saya beli dan bermacam jenis kek juga yang saya dah buat. 
Seronok membuatnya apatah lagi ia menjadi.. 

Bila memikirkan keseronokannya memang rasa macam nak buat setiap hari. 
Tapi bila memikirkan kandungannya, hmmmmmm.... Sebenarnya ramai 
orang yang tak nak ambil tahu apa yang dimakan sebab apa yang penting 
bagi kebanyakkan kita ialah SEDAP..Dan selalunya apa yang sedap itu, 
itulah yang PALING BERLEMAK, MANIS, BANYAK PERASA, PALING BERKRIM, 
PALING BERKOLESTROL, ADA TRANS FAT dan macam-mcam lagi. 
Kek berkrim adalah salah satu jenis makanan yang seperti ini. Tapi 
memang kek sedap kan?? Tapi bukan kek saja. Malah di Malaysia ni 
memang kaya dengan pelbagai jenis makanan seperti Nasi Lemak 
Ayam Rempah, Nasi Tomato dan macam-macam lagi. Takkan nak 
tengok je kan? 

Kesan dari pola pemakanan yang pelbagai ini rakyat Malaysia sangat 
terdedah kepada obesiti dan akhirnya terdedah pula kepada pelbagai 
jenis penyakit. 

Rasanya dah terlambat to back on track? Oh, tidak sama sekali. Hidup 
kita ni jangan sekali-kali berputus asa.jom saya bantu untuk kurangkan
berat badan dengan Shaklee. 
Shaklee ada menawarkan set makanan tambahan bagi tujuan untuk 
kurangkan berat badan. Ramai yang sudah mencuba dan merasai
perbezaannya.

3 konsep utama -BAKAR, BUANG, BINA

                          1. BAKAR 
                       Produk: LECITHIN/ OMEGA GUARD
Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak 
dan kolestrol



 2. BUANG
Produk: ALFALFA/HERB LAX
Fungsi:membuang lemak, toksin dalam badan

3. BINA
Produk: CINCH/SOY PROTEIN
Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh


LANGKAH PERTAMA : DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin,
lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui 
pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan 
kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka 
yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula 
sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak 
menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana 
bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.


LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin 
atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia 
mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,
ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya 
mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh
dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah 
menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena 
kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. 
Sekurang-kurangnya 3L sehari.


LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme 
tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan 
menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar 
kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika 
anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan 
dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan 
susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada 
badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi 
mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang 
sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung 
dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu 
meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, 
menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan 
protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan 
yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), 
kekacang, avokado, ayam, tauhu.

Jadi apa lagi? Takkan nak biarkan selera anda terbantut hanya kerana badan 
yang dah kembang? Hmmm.... Tapi jangan pulak semata-mata berharap 
kepada shaklee ya.. Cara pemakanan anda juga perlu diubah. Boleh makan 
apa saja tapi dengan kuantiti yang terkawal.

Sekiranya anda mahu konsultasi yang lebih terperinci, boleh hubungi saya ya..

Mama Liza
0164219053
lizahzza74@yahoo.com

kredit ibu iman

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?