HIKMAH PENYUSUAN SUSU IBU

Assalamualaikum...


Apa khabar kawan2 semua? Bagaimana suasana di pagi Isnin ini? Semoga semuanya baik2 saja. Tentang saya, alhamdulillah... Adik Eman pun sudah beransur sihat. Lewat petang semalam kami bawa dia ke klinik. Tak sanggup melihat dia demam begitu..


Saya melayan Eman dengan cara berbeza berbanding anak2 yang lain. Betullah kata orang, walaupun keluar dari perut yang sama tapi kerenah mereka berbeza2. Kalau 2 anak yang dulu banyak diam je bila demam. Takde merengek, takde menangis sampai kita pun boleh menangis sama. Tapi kali ini nampaknya lain sangat. Dengan merengeknya pastu nak berdukung aje. Tak boleh ditinggalkan langsung.. Sabar ajelah..




Tapi saya bersyukur sebab Eman jarang demam. Dalam tahun ni pun boleh dikira dengan jari dia demam. Saya sangat2 bersyukur kepada Allah... Mungkin hikmah menyusukan juga dan saya sendiri tidak pernah culas dengan supplemen semata2 untuk kesihatan dia. Pada saya, apalah salahnya berbelanja lebih sedikit untuk membeli supplemen asalkan anak sihat  walafiat. Kan? Alhamdulillah... Itu sebab bila dia demam, saya takkan abaikan dia. Jauh sekali untuk meninggalkan dia ke mana2. Hantar ke pengasuh pun tidak. Mujur juga sekarang saya sedang cuti belajar jadi bolehlah menjaga dia.. 

Sesungguhnya anak itu adalah kurniaan Allah yang maha hebat. Jagailah mereka dengan kasih sayang dan memenuhi segala keperluan kesihatan mereka.. 

Salam sayang... Mama Liza
0164219053

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?