BANJIR.. UJIAN YANG MENDUGA KEIMANAN

 Assalamualaikum

Berat mata memandang.. Berat lagi bahu yang memikul..

Begitulah yang boleh saya nyatakan apabila saya berpeluang pulang ke kampung suami di Machang, Kelantan. Sepanjang jalan antara Gua Musang dan Kuala Krai, serta beberapa kawasan di Machang, telah mengalami kerosakan teruk akibat bencana banjir.

Biar gambar berbicara..



Walaupun telah 6 hari berlalu, terdapat beberapa kawasan yang masih ditenggelami air khususnya di pinggiran sungai.
 

Kesan runtuhan di pejabat kerajaan.


Sekitar daerah Machang, kawasan pinggir sungai Kelantan.

Rumah kakak ipar saya.. Air naik sehingga tingkap di tingkat atas tu tak kelihatan. 

Kawasan Manek Urai iaitu tempat yang paling teruk mengalami banjir.

2 orang kanak-kanak, antara sejumlah penduduk yang berada di tepi jalan, menunggu kereta lalu dan ada di antaranya yang berhenti untuk memberi apa2 sumbangan.



Di dalam hati saya cuma berharap agar Allah memberi yang lebih baik daripada ini semua. Kasihanilah mereka yang mengalami musibah ini. Apapun, saya yakin, ada hikmah yang lebih besar di sebalik semua kejadian ini. 

Salam sayang.. Liza
0164219053

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?