SAYA BUKAN MANUSIA SEMPURNA

Assalamualaikum



Semakin panjang perjalanan, sebenarnya mengajar kita untuk lebih memahami segala cabaran yang mendatang. Ia sebenarnya adalah pengalaman yang ditimba yang kemudiannya akan menjadi pengajaran apabila menghadapi apa jua perkara. Dengannya kita lebih dewasa dan dengannya juga kita menjadi lebih bijak dalam  membuat keputusan.

Pada saya, pada hari ini, tiada manusia yang sempurna. Malah yang hampir sempurna juga hampir tidak ada. Kalau adapun, saya masih belum menemuinya. Ingin juga berjumpa dengan mereka, mungkin boleh mengajar saya dalam membuat apa-apa perkara.

Apapun, perjalanan masih panjang.. InsyaAllah.. Masih banyak perkara yang masih belum berjaya malah ada yang masih belum dimulai pun. Maka mahu tidak mahu, saya harus menjadi kuat bertahan demi mereka yang saya sayangi.. Dan demi diri saya sendiri juga. Bukan hidup namanya jika tidak ada onak dan duri di sepanjang kehidupan. Kerana itulah ia dinamakan kehidupan..

Semoga saya tetap kuat dan tidak lagi melakukan kesilapan yang sama.. InsyaAllah...


Liza
0164219053

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?