SEKIRANYA ANDA MAHU MENYUSUKAN SEMULA

Assalamualaikum...

Minggu ini saya rasa lebih sihat berbanding minggu lepas.. Dari segi fizikal dan juga dari segi emosi. Banyak perkara yang telah berlaku sama ada di sekeliling saya ataupun diri saya sendiri.. Apapun, saya telah melaluinya dengan baik dan berharap agar ketenangan yang saya alami kini akan berpanjangan. Tidak putus2 saya memohon klepada Allah agar saya akan tetap tabah melalui segala dugaan dan cabaran hidup..

Biarlah.. Kita ketepikan dulu semua tu. Bukan apa.. Kadang2 kalau dikenang2 sangat, pasti akan merosakkan diri sendiri. Betul kan?

Mungkin anda telah tahu bahawa antara peristiwa yang telah saya lalui adalah kehilangan bakal baby saya.. Hmmm... Bukan mahu mengenang kesedihan lagi ya sebab di awal entry tadi saya dah katakan tidak mahu mengenang apa2 lagi.. Tapi saya ingin berkongsi pengalaman mengenai penyusuan saya.. 

Sejak beberapa bulan lepas susu saya telah merudum teruk. Maklum sajalah hormon badan saya telah berubah daripada ibu menyusu kepada ibu yang mengandungkan anak. Sebenarnya saya telah redha lagipun eman dah berumur 2 tahun 2 bulan. Dah besar dan logik la kalau susu merudum teruk kan.. Saya pun cuba memberikan eman susu formula dengan lebih kerap. Walaupun dia selalunya taknak, tapi kami sekeluarga tetap juga mencuba. Kadang2 dia mahu, tapi selalunya dia menolak. Dia tetap juga menyusu dengan saya walaupun susu tak banyak..

Seminggu selepas keguguran, saya sedar bahawa susu mulai bertambah semula. Sebenarnya inilah yang mahu saya kongsikan dengan anda. Semasa awal mengandung, walau susu tak banyak, saya tetap menyusukan eman sekerap yang mungkin. Kadang2 dia main2 aje sebab susu kurang. Tapi selepas tu, lama kelamaan susu bertambah seperti sedia kala sebelum saya mengandung. Taklah banyak tapi maksud saya, 2 bulan susu berkurang dan kemudian, kembali banyak semula sehingga ada waktu2 tertentu, saya mengalami bengkak susu!!


penyusuan, menyusukan semula, power pumpung, vitamin penyusuan

Apa yang saya lakukan? (tanpa tujuan menyusukan lebih lama sebenarnya kerana saya akui bahawa bila mengandung susu akan berkurang)

1. Kerap menyusukan anak walaupun susu kurang
2. Konsisten makan vitamin - vitalea, vita c, b com dan ESP
3. Minum air lebih 3.5 liter

Alhamdulillah tempoh masa kekurangan susu semasa mengandung tidak menghalang susu untuk bertambah semula selepas keguguran. Ia mengajar saya bahawa bila susu kita hampir habis, ia boleh kembali semula jika kita tetap istiqamah dan selalu berdoa agar tetap diberikan rezeki untuk anak kita. Itulah yang saya lakukan. Maklum saja bila kehilangan kandungan, saya hanya ada anak yang sedia ada dan pastinya saya mahu terus menyusukannya sampai susu habis terus.. 

So, kalau anda benar2 mahu menyusukan anak, perlu nekad dan berusaha bersungguh2 untuk menjayakannya.. InsyaAllah berjaya..

Salam sayang... Mama Liza
0164219053
lizahzza74@yahoo.com

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?