APA ADA PADA PENYUSUAN SUSUIBU?


Assalamualaikum...


Antara sedar dengan tidak Eman hampir mencapai usia setahun tiga bulan. Dan dalam tempoh masa itu juga saya telah berjaya memberikan padanya susuibu. Sesuatu yang amat membanggakan saya. Teringat semasa saya mengambil keputusan untuk mula menyusukan Eman, saya hanya menjangka akan mampu setakat usia 8 hingga 10 bulan. Ini kerana 2 anak sebelum ini saya hanya dapat menyusukan mereka sehingga tempoh 8 bulan sahaja.


Apa yang saya fikirkan hanyalah memberi yang terbaik buat mereka... Dan saya yakin memang susuibu adalah yang terbaik!!


Saya amat mengalu-alukan sekiranya teman-teman saya ingin turut sama menyusukan anak mereka selama mana yang boleh. Saya sendiri sentiasa berusaha menjaga kesihatan agar mampu sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun. Bolehkah?


Ingin saya kongsikan perkara yang mesti ada dalam diri masing-masing dalam penyusuan:


* Anda sentiasa menyusukananak anda secara langsung atau melakukan sesi perahan yang konsisten ( antara 2 hingga 3 jam untuk satu sesi ke sesi berikutnya demi memastikan hormon prolaktin akan terus dirembeskan)

* Pastikan badan kita mendapat cukup khasiat dari pemakanan harian. Maka jangan sesekali mengurangkan pengambilan makanan atau cuba berdiet kerana ia akan mempengaruhi penghasilan susuibu.

* Pastikan badan mempunyai cukup bendalir...maka pengambilan air adalah salah satu faktor yang membantu dalam kelancaran penghasilan susuibu. Minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Lagi banyak lagi baik.

* Cuba kurangkan minuman yang sejuk, berais dan yang berkafien kerana ia akan mengganggu penghasilan susuibu dalam jangka panjang.

* Booster setiap badan si ibu tidak sama, biasanya makanan atau minuman kegemaran yang boleh membuatkan ibu gembira akan meningkatkan penghasilan hormon oksitosin dan susu akan lebih mudah dihasilkan.

* Si ibu perlu tahu mengawal apa jua atau sebarang bentuk tekanan. Tekanan boleh mengganggu kelancaran penghasilan susuibu. (Saya sendiri telah mengalaminya... Memang sangat mempengaruhi)

* Pengambilan vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang disarankan demi memastikan ibu terus sihat dan anak membesar dengan baik.

* Banyakkan berzikir, solat sunat serta amalan2 murah rezeki seperti bersedekah....
Keyakinan untuk menyusukan dan usaha yang berterusan akan menjamin keupayaan anda... 


Setakat ini dulu perkongsian dari saya. Jika ada sebarang persoalan, boleh email kepada saya di lizahzza74@yahoo.com atau call saya 0164219053 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini. 

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?