SELEPAS BERBUKA PUASA....

Salam...

Hari ini saya sampai di rumah agak awal sedikit. Ada mesyuarat di kementerian dan habis pun awal. Terima kasih kepada TKSU yang amat memahami walaupun beliau bukan beragama Islam. Di bulan Ramadhan ini, masa amat bermakna sekali. Tidak seperti beberapa hari yang lalu, jam 6 baru lah mesyuarat tamat... Apa lagi... Hampir maghrib baru sampai di rumah...

Di bulan Ramadhan ini agaknya masing2 mahu sampai awal di rumah. Hasilnya jem yang menyakitkan hatilah yang saya alami.. Tetapi terima kasih kepada en suami yang menggantikan saya untuk menyediakan juadah berbuka... (walaupun hanya beli dari pasar ramadhan...)

Hari ini alhamdulillah sempat juga saya memasak walaupun hanya ikan stim dan sup sayur saja.. Jadilah.. Tak macam kawan2 yang juadahnya sampai penuh meja. Saya rasa cukuplah asalkan dapat berbuka puasa. Yang penting hasil masakan sendiri... (Sedap tak sedap tu belakang kira la kan...)

Di malam2 begini, baru terasa penat.. Tapi di masa beginilah anak2 bertanya tentang homework.. Nak buat macamana.... Dah namanya pun ibu kan...

Eman dah tidur... Syafa dan Adam pun dah mengantuk nampaknya. Mamanya pun macam nak tidur..... Esok nak bangun awal untuk rutin biasa di bulan Ramadhan ini.. Malam ini bersedia untuk bangun menyusukan eman.  Tapi saya puas.. Dapat menyediakan segala persiapan berpuasa untuk anak-anak dan keluarga, walaupun penat sikit dan mengantuk, tapi itu menjadikan saya gembira.. Barulah terasa macam seorang ibu (mithali?? ;))) ....

Oh ya.. sebelum tidur, saya akan pastikan dah minum segelas ESP + PD dan vitamin yang biasanya saya makan. Tentunya saya tidak mahu kekurangan susu untuk menyusukan eman nantinya.... Selain itu saya mahu kekal sihat esok hari... InsyaAllah.......

Doa saya setiap hari, semoga Allah sentiasa meredhai perjalanan hidup saya dan keluarga.........

Salam sayang... Mama Liza

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?