RAHSIA WAJAH BERSERI SHAKLEE..

Semua inginkan kecantikan, terutama pada wajah dan penampilan. Wajah yang segar, ceria, bukan saja menyenangkan empunya diri tapi juga orang sekelilingnya. Oleh itu saya menyediakan set wajah berseri Shaklee bagi menadpatkan wajah yang segar, ceria, licin dan kurang masalah. Set ini terdiri dari:
• B Complex
• Vita-C
• Vita-E
Vita-C dan Vita-E adalah gabungan antioksidan yang powerful, bermanfaat untuk menghapuskan radikal bebas dalam tubuh. Vitamin E menjadikan seseorang nampak muda kerana ia menghalang perkembangan sel penuaan.
Gabungan vitamin-vitamin di atas berguna untuk mencegah jerawat dan melupuskan parut jerawat baru. Menjadikan wajah lebih berseri dari dalam.

Seperti yang diketahui umum, “Kecantikan” dan “Vitamin” diibaratkan seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Disediakan khas buat wanita atau lelaki yang mementingkan kecantikan kulit.
Penjagaan kulit haruslah merangkumi aspek luaran dan dalaman. Dari segi aspek luarannya, adalah dengan penjagaan asas seperti mencuci, mengunakan penyegar dan pelembab dengan konsisten dan teratur. Manakala penggunaan skrub sangat dicadangkan sekali seminggu bagi membantu menanggalkan sel-sel kulit yang mati dan menyerlahkan kulit baru. Sudah semestinya kulit kita perlu dilindungi daripada panahan terik matahari dengan menyapu krim penapis UV. Ultraviolet dalam sinar matahari menghasilkan radikal bebas yang dapat menyebabkan penuaan kulit. Vitamin C bersama-sama dengan Vitamin E bertindak sebagai benteng pertahanan untuk melawan radikal bebas dari sinar matahari ini.
Dari aspek dalaman pula,kita perlu tahu bahawa diet /pemakanan yang sihat adalah cara terbaik untuk mengekalkan kulit yang sihat.

Pemakanan haruslah seimbang dengan protein, vitamin dan mineral. Apabila terdapatnya kekurangan, kulit kita akan mula menampakkan kesannya. Pemakanan yang sihat juga perlu mengambil kira pengambilan garam yang tidak berlebihan kerana garam berlebihan juga membuatkan kulit menjadi sembap. Malah gula berlebihan juga tidak elok untuk kulit. Dan yang pasti pengambilan air perlu secukupnya. Apabila pengambilannya mencukupi, kulit kita akan menjadi lebih lembut, licin dan lebih berseri. Oleh yang demikian pastikan anda minum air secukupnya untuk merasai perubahannya.

Vitamin juga tidak kurang pentingnya dalam mengekalkan kulit yang sihat. Antara vitamin penting termasuklah vitamin A, C , E dan B.
Vitamin A membantu pembaikan tisu-tisu dan juga masalah jerawat, mengurangkan kehadiran garisan halus serta liang roma.
Vitamin E dan B baik untuk pigmentasi kulit. Seperti kita semua sedia maklum, Vitamin C adalah nutrisi yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita, jadi untuk mememenuhi keperluan badan untuk Vitamin C, kita perlu makan banyak buah dan sayuran.
Vitamin C bukan sahaja efektif membantu mengubati flu tetapi amat berguna untuk mencegah penuaan kulit. Vitamin C juga penting dalam membantu pembaikan serta pembentukan kolagen.

Kolagen?Apakah ia? Kolagen adalah komponen utama dalam jaringan kulit manusia. Dalam hal ini Vitamin C memiliki peranan penting dalam memelihara kestabilan struktur kolagen. Selain itu Vitamin C juga juga membantu pembentukan pigmentasi kulit yang akan mempercepat dan meningkatkan produksi kolagen yang seterusnya dapat mencegah proses penuaan kulit.

Kita sambung lagi di entry akan datang...
Salam sayang... Mama Liza

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?