JANGAN DIULANGI KESILAPAN ITU....

Assalamualaikum

Lama sudah tidak menulis di blog ini.. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, saya terlalu sibuk dengan tugas-tugas di pejabat.. Dalam beberapa kesempatan, cuba juga untuk membaca beberapa berita yang menarik tidak kurang juga yang tidak menarik hati...

Hari ini saya tidak menulis mengenai penyusuan kerana ada sesuatu yang saya terasa ingin berkongsi dengan anda yang membaca blog saya ini...

Semalam saya dan sudah tentu anda juga ada membaca berita mengenai seorang remaja yang masih bersekolah telah mengandung dan bersalinkan anaknya... Perkara yang sudah biasa kita dengar tentunya... Namun apa yang mengguris hati saya apabila melihat sekujur tubuh bayi yang asalnya masih bernyawa tetapi telah dikelar-kelar hingga menemui ajalnya. Tak sanggup untuk saya membaca berita itu seterusnya. Apa yang saya sempat fahami, remaja itu bertindak begitu kerana teman lelakinya tidak mahu bertanggungjawab ke atas bayi mereka....

Astaghfirullah.... Saya menggeleng-gelengkan kepala sendirian.. Sebagai orang yang terlibat dengan isu-isu sosial, hal-hal seperti ini sangat melukakan hati saya... Bersyukur saya kepada Allah S.W.T kerana memberi saya sekeping hati yang sangat sensitif dengan perkara ini...

Saya selalu berharap supaya mereka yang berada di luar sana tidak mengulangi kesilapan dengan melakukan kesalahan yang lebih besar.. 

Minggu lepas saya menemubual pelatih di Taman Seri Puteri iaitu sebuah institusi pemulihan JKM... Di sana saya bertemu dengan mereka yang telah terlanjur malah ada juga yang saya rasa tidak pernah terlintas di fikiran mereka akan melakukan kesalahan di dalam peringkat umur yang amat muda. Namun saya bersyukur sekurang-kurangnya mereka melakukan perkara yang betul dengan 'menyerah diri' ke JKM agar bayi yang dikandung diselamatkan dan mereka juga akan mendapat sesi kaunseling dan aktiviti pemulihan yang bersesuaian. Saya amat memahami bahawa perasaan tertekan akan sentiasa melingkari hidup mereka.. Namun, sedarlah bahawa jangan meyelesaikan masalah dengan mewujudkan masalah yang lain pula... Jangan lagi melakukan dosa yang seterusnya....

Demi Allah, jangan lah lagi anda melakukan kezaliman terhadap bayi-bayi yang tidak berdosa itu... Mereka yang mengetahui hal ini juga, rakan-rakan atau saudara mara mereka yang tersilap itu, jangan lah memandang serong dan tidak menghiraukan mereka... Anda mesti mengambil langkah yang betul dengan menyelamatkan mereka... membimbing mereka ke arah yang lebih baik... Sesungguhnya itu lah yang sewajarnya anda ambil....

Kepada remaja-remaja di luar sana,jangan lah melakukan zina.... Janganlah membuang bayi anda... Janganlah membunuh bayi anda walau seteruk mana penanggungan perasaan anda... Kalau sudah tidak ada cara lain, serahkan lah bayi anda kepada mereka yang berhak... Atau paling tidak, berikan bayi anda kepada saya atau rumah-rumah perlindungan JKM.... Bukankah dalam hidup ini sentiasa ada jalan dan peluang untuk memperbaiki keadaan??

Salam sayang.... Mama Liza

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?