MENJANA PENDAPATAN DENGAN BIZNES ONLINE SHAKLEE

MENJANA PENDAPATAN DENGAN BIZNES ONLINE SHAKLEE


Memang diakui kehidupan di bandar besar terutama di KL Megapolitan ini sangat mencabar. Semuanya kena ada duit. Nak masuk toilet pon kena bayar duit. Kos hidup di sini memang besar walaupun keluarga belum lagi sebesar mana. 



Kadang-kadang dapat gaji je habis membayar segala keperluan yang wajib dibayar setiap bulan.  Nak simpan duit pon tak boleh. Itu pon nasib baik kalau takda berlakunya kecemasan seperti anak sakit demam, kereta rosak atau ada hal mustahak di kampung. Memang kadang-kadang tu stress menikam jiwa dibuatnya. Tapi itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh kebanyakan daripada kita yang berkerja makan gaji.

Lama-kelamaan kos kehidupan semakin hari semakin meninggi. Tapi kualiti kehidupan tak juga semakin meninggi. Alhamdulillah saya telah ditemukan dengan Shaklee. Itupun secara kebetulan kerana saya mengamalkan vitamin Shaklee semasa menyusukan anak. Saya dipertemukan dengan Master Norita yang memperkenalkan biznes shaklee. 

Mesti nak tahukan kenapa saya pilih Shaklee? Kenapa saya sangat mencintai bisnes Shaklee ini? Nak tahu bagaimana menjana pendapatan dengan Shaklee? Jemput baca entri ini sampai habis (",)


Tidak perlu keluar mencari customer, cuma duduk di hadapan laptop sahaja!



Saya seorang pemalu dan saya tidak ada pengalaman berniaga pun. Saya tak pandai nak terangkan produk. Saya tak pandai nak pujuk-pujuk orang supaya membeli produk yang saya jual. Tapi di Shaklee dalam group Euphoria saya hanya perlu sharing dan 'cerita' sahaja pengalaman dan kebaikan Shaklee. Dan paling best, semuanya dibuat menggunakan jari jemari sahaja iaitu menaip di laptop atau pun di smartphone! Saya percaya anda juga mampu melakukannya.

Memberikan saya masa kerja yang fleksibel



Bagi yang tercari-cari bisnes untuk dilakukan daripada rumah sambil-sambil  menjaga anak dan suami, maka Shaklee adalah jawapannya. Untuk membuat sales di internet kita tidak perlu duduk di hadapan laptop 24 jam. Mungkin kita cuma perlukan 1 jam untuk update blog dan facebook, 1 jam untuk membalas emel, 30 minit untuk merangka pelan bisnes anda, 1 jam berurusan dengan pos laju dan 30 minit cod vitamin. Lagi 20 jam adalah kepunyaan suami dan anak-anak kita! Best tak?



Siapa yang berusaha lebih dia yang akan berjaya


Shaklee memang MLM. Group Euphoria telah mencetuskan revolusi MLM. Cara konvesional MLM yang lapuk sudah dipinggirkan. Semuanya berasaskan online. Anda juga akan diserap ke group online untuk mendapatkan tips dan coaching dari leader. Shaklee bukan skim cepat kaya atau pun MLM yang hanya menjaja marketing plan sahaja. Kekuatan Shaklee adalah produknya. Kalau anda menyertai saya pada hari ini, dan jualan anda melebihi jualan saya, maka anda akan mendapat bonus LEBIH daripada saya. Dan sekiranya anda lebih rajin daripada saya, maka anda juga boleh naik pangkat lebih cepat daripada saya. Pendek kata, Shaklee bukan bisnes 'siapa banyak kaki dia banyak duit' tetapi Shaklee adalah bisnes yang sangat adil 'siapa paling rajin dia banyak duit'.

Suplemen Shaklee adalah semulajadi selamat, berkesan, mesra alam dan terbukti selama lebih 50 tahun!



Istimewanya Shaklee adalah kerana kekuatan produknya. Bagi saya, sekiranya mahu menjual sesuatu produk kita kena pastikan produk itu berkualiti dan selamat. Produk yang berkualiti akan meraih kepercayaan daripada pengguna. Kepercayaanlah yang akan membina nama kita dalam dunia perniagaan dan akan berlakunya pembelian berulang. Kita juga berasa puas dan seronok  apabila dapat menggembirakan orang lain dengan produk yang berkualiti dan selamat.

Jaringan Euphoria memberikan support dan guideline kepada ahli-ahlinya



Saya diberikan panduan dan sokongan motivasi daripada Master-Master kami yang sangat hebat! Ada antara mereka ini sudah mempunyai pendapatan mencecah 6 angka! Percayalah ianya tidak MUSTAHIL walaupun anda cuma seorang suri rumah.


Bermula dengan modal serendah RM65 ataupun tanpa modal langsung

Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu menyertai Shaklee. 


Caranya senang sahaja. 


  • Hubungi saya untuk menyertai keluarga  Euphoria
  • Saya akan uruskan proses pendaftaran dengan mengisi borang keahlian anda secara online.
  • Bayar yuran keahlian sebanyak RM65 (Sila tambah RM10 untuk kos pengeposan)
  • Atau pun membeli produk Shaklee bernilai RM660 dan anda mendapat keahlian secara percuma

Banyak lagi sebenarnya cerita best mengenai bisness Shaklee ni. Sengaja saya simpan sedikit cerita best ini walaupun saya mampu untuk menceritakan kesemuanya. Nak tahu lagi kenalah join bisness ini. Lakukan anjakan paradigma terhadap diri anda. Titik tolaknya bermula selepas anda membaca entri ini. Jom menjana pendapatan dengan Shaklee.


Salam sayang..  Mama Liza 

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?