IKHLAS KUNCI KEJAYAAN PENYUSUAN

Assalamualaikum. .

Biasanya di waktu pagi begini saya akan menyiapkan tesis saya yang masih belum selesai. Tapi hari ini saya boleh berehat sebentar memandangkan proposal telah dihantar untuk pembentangan.  So saya hanya menunggu tarikh pembentangan itu saja. Bolehlah saya tumpu pada blog kesayangan ini.. 

Selepas ini pula saya akan sibuk dengan urusan sikecik yang masih tidur ni. Paling utama bila bangun sudah tentu akan nyonyot.  Anda tau nyonyot tu apa kan? Hehehe. .. menyusu la.. Sebenarnya sikecik ni dah  2 tahun 6 bln tp masih lg nyonyot.  Nak buat macamana.  Sementelah susu masih ada, biarlah dia. Saya pun sedang bercuti panjang. Jadi apalah salahnya dia terus menyusu. Lagipun ia tidak mengganggu tugas harian saya pun.. 

Ada susu lagi? Ya.. Alhamdulillah. Saya pun tak sangka tp itulah yang berlaku. Tapi saya juga mengusahakan sesuatu agar susu kekal ada. Bukan sekadar berharap dan berdoa. Ya.. 

Sehingga kini saya mengamalkan:

1. Makan set penyusuan (set b)
2. Minum ESP 
3. Mencampukan performance drink dengan ESP
4. Makan ostematrix setiap malam
5. Minum banyak air (lebih 3.5 liter)
6. Kerap menyusukan anak
7. Doa

Uang paling penting, ikhlas apabila menyusukan anak tanpa mengeluh dan merungut. InsyaAllah anda juga boleh..

Hmmmm sikecik ni dah bergerak2 nak bangun. Jumpa lagi di lain entry.. 

Dalam sayang.. mama Liza
0164219063

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?