SAATKU KEHILANGAN

Assalamualaikum.....

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kisah saya. Kisah yang berlaku sejak seminggu kebelakangan ini. Sebenarnya bukanlah kisah apa2, cuma satu daripada kisah sedih yang berlaku di dalam kehidupan saya. Sebagaimana orang lain, saya pun ada kisah sedih juga...

Sebelum ini saya ada berkongsi dengan anda mengenai saya yang bakal ada baby lagi.. Malangnya hari ini ingin saya kongsikan pula bahawa kehadiran baby itu tak perlu dinanti2 lagi kerana ia sudah tiada. Ya, saya kehilangannya saat dia baru berusia 2 bln lebih di dalam kandungan. Saya pun sukar menyatakan mengapa, hanya tidak lain tidak bukan adalah takdir semata2 dan merupakan satu ujian lagi yang Allah berikan kepada saya bagi mengetahui setakat mana saya sabar dan tabah menghadapinya. Tidak perlulah saya kongsikan mengenai saat2 saya kehilangannya. Cukup sekadar saya katakan bahawa dia telah tiada......

Apapun, saya bersyukur kerana saya masih mempunyai 3 anak lain yang terdahulu. Itu lebih penting. Saya insaf apabila mengenang bagaimanakah perasaan wanita lain yang kehilangan baby dari dalam kandungan saat mereka tidak mempunyai anak lain. Tentu lebih tertekan dan terasa sangat kehilangan. Saya sendiri amat insaf dengan kejadian ini... Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala kejadian yang berlaku terhadap seseorang... 

Untuk di lain masa, saya tetap tidak merancang apa2. Biar Tuhan yang menentukan segalanya. Andai ada rezeki lagi, saya bersyukur dan sangat bersedia untuk menerima. Andai tiada lagi, pun saya tetap menerimanya kerana semua perkara berlaku ada hikmah di sebaliknya. Biar masa yang menentukan....

Cukup sekadar ini saya kongsikan kisah saya yang rasanya agak mendung gayanya.. Semoga selepas ini saya lebih ceria bersama2 anda semua.... InsyaAllah...

Salam sayang.. Mama Liza
0164219053

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?