SUSUIBU ADALAH REZEKI

Assalamualaikum...

4 hari lagi eman akan berusia setahun 4 bulan.. Begitu cepat rasanya masa berlalu. Sedar tak sedar dia dah mula nak bercakap.. Sekarang pun dah mula menyebut bunyi hujung perkataan. Sebagai ibu, saya rasa sangat teruja untuk mendengan butir2 bicaranya.. Maklum sajalah dah lama sangat tak ada anak kecik..

Saya melihat perkembangan eman sangat bagus.. Berat badannya normal, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu berat.. Sesuai dengan ketinggiannya dan rangka badan yang hampir sama dengan kakaknya. (Anak kedua saya obes... :)) 



Namun yang paling ketara, eman jarang mengalami demam yang teruk. Biasanya kalau adapun hanya selsema ringan yang kadangkala saya rasa kerana pergaulannya di rumah babysitter. Selain daripada itu, dia biasa2 saja. 

Saya melihat itu sebagai suatu rahmat Allah yang tidak terkira nikmatnya. Saya sangat2 bersyukur kerana anak2 saya membesar dengan sihat dan saya kira itulah rezeki yang amat besar iaitu kesihatan yang baik. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan ibubapa yang melihat anaknya sakit... 

Syukur padaMu ya Allah....

Kerana itu, saya sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meneruskan penyusuan susuibu kepada eman. Saya yakin bahawa ia adalah yang terbaik dan amat menyumbang kepada kesihatan anak kesayangan saya itu. Walaupun berbelanja agak banyak juga tapi apalah nilainya wang ringgit jika dibandingkan dengan anak yang sihat? Kan? Bukankah saya bekerja semata2 untuk mereka juga?


Saya bangga menjadi ibu bekerja yang tetap menunaikan tanggungjawab kepada anak2 saya.. Walaupun penat, tapi apabila eman menerpa saya setiap kali saya pulang, saya kira itu suatu perasaan gembira yang amat sukar untuk dijelaskan dengan kata2... 


Kalau boleh saya mahu berkongsi perasaan itu dengan ibu2 di luar sana juga.... 


Mama Liza
0164219053

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?