Kebaikan OsteMatrix™ Shaklee


Assalamualaikum..

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada 
semua kawan2 di luar sana. Semoga kita semua akan melalui tahun 
2013 ini dengan penuh kebahagiaan dan di bawah redha Allah 
selalu hendaknya. Amin...

Hujung tahun 2012 saya tinggalkan dengan beberapa keluakaan 
dan kebahagiaan. Memang begitulah lumrah kehidupan. Ada yang 
pahit dan tidak kurang juga yang manis. Apa yang penting adalah 
bagaimana kita menghadapinya kan? Biasalah kalau semua manis,
 tidaklah namanya kehidupan... 

Takpa lah. Kita tinggalkan tahun lepas dengan seribu kenangan 
yang patut dilupakan dan dibawa sebahagiannya ke 2013 
agar dapat dijadikan pengajaran.

Sekarang ni (sejak tahun lepas sebenarnya), semua ahli keluarga 
saya tidak sihat. Ada yang demam, ada yang batuk, selsema dan 
macam2 lagi. Tapi alhamdulillah saya terkecuali. Suami saya tambah2
 lagi sehingga hari ni masih batuk. Tapi bukan salah sesiapa sebenarnya. 
Dia sendiri. Apa tidaknya? Susah sangat nak ke klinik apatah lagi makan 
ubat doktor. Lebih sanggup menahan sakit daripada pergi berjumpa 
doktor malah jumpa nurse pun dia tidak mahu. :)

Itu sebab saya selalu menekankan kepada dia untuk mengamalkan 
suplemen supaya dapat mencegah dia daripada berjumpa doktor. 
Yang ini dia mahu pulak. Manakan tidak, dia perlu makan supplemen
 tu supaya dia tidak sakit dan tak perlu berjumpa doktor.. Sabo je la.. 

Satu2nya suplemen yang dia nak makan adalah ostematrix. Itupun 
selepas saya menjelaskan berpuluh kali mengenai kebaikan 
ostematrix apabila dia sentiasa merungut mengenai sakit belakang 
dan keletihan yang melampau. Saya kata:

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan

 kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru,
 jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot 
dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima 
adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.


Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium 

yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang 
dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral 
zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara 
kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin 
ini juga mudah ditelan.


(Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan).

Tambahan daripada ayat2 berupa fakta itu, saya perlu menasihatkan 
dia tentang kebaikan ostematrix tak henti2. Nak bermanja la tu.. Hehehehe..

Lepas ni saya akan syorkan dia tentang suplemen yg lain pulak. Harap2
 dia mahu mengikut kata2 saya demi kebaikan dia juga..  Andaikata 
anda juga termasuk di dalam golongan mereka yang sukar berjumpa 
doktor, apakata mula mengamalkan suplemen supaya dapat mencegah
 kehadiran penyakit. Mungkin ini adalah jalan yang terbaik buat anda. Mana
 tahu kan?



Boleh hubungi saya untuk mengetahui suplemen yang sesuai dengan anda. 


Salam sayang... Mama Liza



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, 
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?