POWER PUMPING

Assalamualaikum...
 
Ramai yang bertanya, macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, then pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama 1 jam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sebab hormon susu sangat tinggi waktu ni. Boleh juga minum segelas air sebelum dan selepas sesi power pumping.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Ibu-ibu jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Jangan lupa pastikan pengambilan air harian anda tidak kurang dari 3 liter ye...
 
Salam sayang.. Mama Liza
0164219053

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?