FUNGSI MEALSHAKES


Assalamualaikum..

Ramai ibu-ibu yang bertanya kepada saya; 
Benarkah Meal Shakes boleh tingkat kan selera makan? 

Sebenarnya ia berbalik kepada masalah asal – kenapa anak tidak mahu makan.
Bagi ibu2 yang menghadapi masalah ini, pertama sekali, cuba tarik minat anak untuk makan, dengan pelbagai cara. Ibu-ibu perlu kretif mendorong anak supaya minat pada makanan. Samada dengan menyediakan makanan kegemaran mereka, atau membuat dekorasi makanan, atau apa saja cara…

Namun, bagi anak2 yang masih enggan makan, sekiranya ia berlarutan, ia menjadi lebih kronik kerana kekurangan nutrisi menjadikan mereka makin kurang selera.

Antara vitamin2 yang menyebabkan selera semakin kurang bila diambil dengan kadar tidak mencukupi:-
  • Vitamin B termasuk asid folik, tiamin, etc
  • Fosforus
  • Zat Besi
  • Zinc

Kekurangan vitamin dan mineral di atas, menjadikan anak makin hilang selera. Sudahlah dia tidak mahu makan, dan apabila kekurangan nutrient yang diperlukan akibat enggan makan, atau cuma nak makan sejenis makanan saja, maka ia lebih memburukkan keadaan.

Jadi, pengambilan Meal Shakes, insya-Allah membantu untuk mengatasi masalah hilang selera makan akibat kekurangan nutrisi tadi. Mealshakes mengandungi vitamin dan mineral serta protein yang membekalkan keperluan nutrisi anak-anak.

TETAPI MEALSHAKES BUKAN PENGGANTI MAKANAN SEIMBANG


Sebagai ibu, kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kekurangan nutrien bukan saja boleh memberi kesan kepada selera anak, malah juga emosi dan prestasi secara amnya.

Sekiranya anda memerlukan MealShake atau sebarang bantuan untuk menjadikan anak anda minat kepada makanan, pastikan mereka bukan bayi-bayi terutama di bawah usia setahun. Ini kerana terdapat mineral2 dan nutrien yang menyebabkan buah pinggang mereka terbeban, seperti protein, garam, fosforus dan kalium berlebihan.


Apakah Meal Shakes?


Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
mealshake
Adakah anak saya perlukan Meal Shakes? Kenapa tidak? Daripada beri mereka minuman yang tinggi kandungan gula, empty calorie dan sebagainya, lebih baik beri yang terbukti bagus untuk kesihatan (Ujian Klinikal yang dibuat ke atasnya).

Namun awas, dapatkan nasihat yang betul dalam pengambilan Meal Shakes. Dan juga jangan beri pada baby dan bukan diminum macam minum susu ya!

Salam sayang.. Mama Liza
0164219053



Read more mommy lyna

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?