SUPLEMEN UNTUK KESIHATAN

Assalamualaikum...

Lama rasanya saya tidak menulis di blog kesayangan saya ini. Kiranya masa sangat mencemburui saya. Ingin juga mencuri-curi masa tapi tak upaya juga. Alhamdulillah saya dah siap submit tugasan saya kepada supervisor semalam.. Itu yang lega sedikit untuk sementara waktu ini.

Tapi saya tetap akan buka blog ini setiap hari untuk melihat mana lah tau kalau ada apa2 pesanan daripada anda semua. Risau juga jika persoalan tidak berjawab. Tentu anda hampa kan? Seolah-olah tidak dipedulikan..

Tidak lupa juga kepada regular customer saya mahupun yang baru mahu mencuba suplemen shaklee. Jangan risau sangat kalau masih belum nampak kesan bila dah makan. Perlu diingat ya, suplemen bukan ubat dan tujuannya juga berbeza. Kalau ubat tujuannya untuk menyembuhkan sakit pada masa itu juga. Sebaliknya suplemen adalah untuk mencegah dan menambah. 

Contohnya ada yang datang kepada saya kenapa masih belum nampak banyak susu yang diperah? Dapat sikit je. Tapi warnanya berubah.. Sebenarnya suplemen hanya membantu untuk menggalakkan pengeluaran susu dan bukannya membanyakkan susu. Itu perlu selalu berada di minda ibu-ibu ya. Konsep penyusuan perlu diikuti terlebih dahulu iaitu menyusu dan pump secara konsisten, minum banyak air melebihi 3.5 liter sehari dan konsisten makan suplemen. InsyaAllah ia akan berhasil. Tapi takde la hari ni makan suplemen, esok dah banyak melimpah ruah.. 



Saya telah melalui semua itu. Teringat lagi waktu mula2 makan suplemen. Dah dua minggu tapi masih tak nampak hasil. Rupanya saya tak pump secara konsisten. Apa maknanya pump secara konsisten? Ha yang tu kena hubungi saya sendiri ya. Sebab setiap orang lain masalahnya dan lain situasi yang dihadapinya.. Itu sebab betapa pentingnya consultation.. Mohon kembali kepada saya untuk penerangan lanjut selepas anda membeli daripada saya. Jangan senyap saja jika tak nampak apa2 kesan selepas 2 minggu mengamalkan suplemen.. InsyaAllah saya cuba membantu...



Apapun, saya sudi membantu anda setakat yang saya mampu.. Makan suplemen menyeronokkan sebab ubat jarang dah menemani kita.. InsyaAllah.. Saya sekarang pun dah jarang selsema sebab saya mengamalkan vit C.. Jarang migraine selepas saya mengamalkan ostematrix dan b complex... Walaupun itulah penyakit yang selalu mengganggu saya sebelum ini. Dan yang paling penting, adik eman saya masih menyusu walaupun dah dua tahun setengah umurnya.. Alhamdulillah.. Happy sangat.. :)

Boleh hubungi saya untuk mengetahui suplemen yang sesuai untuk anda ya..

Salam sayang..

Mama Liza
0164219053
lizahzza74@yahoo.com

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

OHH!! TULANG DAH RAPUH?