SEJARAH VITAMIN
Assalamualaikum...
Sekadar menambah ilmu pengetahuan..
Perkataan vitamin telah diusulkan oleh seorang pakar biokimia
yang berbangsa Poland pada tahun 1912.Vita di dalam bahasa Latin bemaksud kehidupan dan mine -amine
adalah adalah kata tambahan dari amine; kerana pada masa itu
ramai yang menyangka bahawa semua vitamin adalah amine dan sekarang
kesalahan ini telahpun disedari.
Nilai memakan makanan tertentu bagi mengekalkan kesihatan telah
diketahui lama sebelum vitamin dikenal pasti. Orang-orang Mesir purba
tahu bahawa memberi pesakit makan hati akan membantu merawat rabun malam, yang
kini diketahui akibat kekurangan vitamin A.
Pada 1747,
pakar bedah Scotland, James Lind menyedari
bahawa makanan sitrus membantu menghalang
beri-beri (scurvy),
penyakit yang mampu membawa maut di mana kolagen tidak terbentuk
dengan sempurna, dan ciri-ciri yang muncul adalah luka lambat sembuh,
pendarahan pada gusi,
dan rasa sakit yang teruk.
Pada 1753, Lind
menerbitkan Treatise on the Scurvy. Hasil apa yang dijumpainya,
bagaimanapun tidak diterima secara meluas. Sebagai contohnya, Dalam
ekspedisi Artik
Tentera Laut Di
Raja pada abad ke 19, ia
dipercayai secara meluas bahawa penyakit beri-beri boleh dihalang dengan
kebersihan diri yang baik di atas kapal,
senaman berkala, dan mengekalkan moral kaki-tangan kapal, bukannya
dengan permakanan makanan segar. Ini mengakibatkan ekspedisi tentera
laut itu masih diserang penyakit
beri-beri. Ketika Robert Falcon Scott melakukan dua ekspedisinya ke Antartika
pada awal abad ke-20, teori perubatan ketika itu ialah penyakit
beri-beri diakibatkan oleh makanan
dalam tin
yang tercemar.
Hmmmmmmmmmmmm...
Liza
0164219053
Comments