MAKANAN YANG BOLEH MENGGANTIKAN VITAMIN
Assalamualaikum...
Susah hendak dapatkan vitamin? Anda jangan risau sebab vitamin ada di
rumah anda sendiri. Tidak percaya? Cuba anda pergi ke dapur. Di dapur
ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan
banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan
buah-buahan mempunyai kandungan vitamin.
Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin.
Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.
i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi,
vitamin A dan C.
iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
iv) Nanas - vitamin A, B, dan C.
v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan
vitamin E.
x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.
Panduan mengambil vitamin
Terdapat sebuah cerita yang mempunyai kaitan dengan tajuk yang
dikehendaki ini.
"Amelia terlihat sebotol vitamin C di atas peti ais rumahnya. Lalu
dia terus mengambil dua biji vitamin dan memakannya."
Tahukah anda, tindakan Amelia tersebut membahayakan? Anda tidak boleh
mengambil sebarangan ubat tanpa perhatian orang dewasa. Mungkin ubat
atau vitamin tersebut tidak sesuai dengan ketahanan badan seseorang.
Mungkin juga itu bukan vitamin!
Jadi di sini, nasihat yang dapat dikatakan adalah mengikuti peraturan
dan panduan ini supaya apa yang anda makan seperti vitamin, tidak akan
memudaratkan kesihatan anda.
- a. Pastikan vitamin yang diambil telah mendapat kelulusan doktor , klinik yang berdaftar atau mereka yang pakar
Jangan mengambil sebarangan vitamin kerana bimbang ia tidak mendapat
kelulusan yang ditetapkan. Ikuti nasihat doktor pakar sekiranya anda
dikehendaki mengambil vitamin.
- b. Baca terlebih dahulu label dan kandungan vitamin yang terpapar pada botol.
Anda kena tahu vitamin apa yang anda ambil dan makan. Adakah
keterangan yang terpapar di botol tersebut tertulis vitamin A atau C?
Kalau anda merasa ragu-ragu dengan tulisan pada botol tersebut, cuba
minta pertolongan ibu atau ayah anda. Ini kerana mungkin ada perkataan
yang anda tidak fahamkan?
- c. Jangan mengambil dos secara berlebihan.
"Kalau makan banyak vitamin, adik lagi sihat kan?" tanya Yani
kepada emaknya. Sebenarnya tidak semestinya mengambil vitamin dalam
kuantiti yang banyak membuatkan anda lagi sihat sebaliknya anda akan
mengalami pelbagai penyakit disebabkan kesilapan mengambil dos. Jadi,
ambillah vitamin pada kadar yang telah ditetapkan. Lazimnya, tidak
melebihi dua biji untuk satu jenis vitamin.
- d. Suruh ibu bapa temani semasa mengambil vitamin.
Sebaiknya kehadiran ibu atau bapa di sisi semasa mengambil vitamin
adalah lebih elok. Bukan apa, kalau ada di kalangan ada yang mempunyai
masalah semasa memakan vitamin, ibu bapa yang berada di sisi boleh
menenangkan anda kan? Lagipun, mereka boleh membantu seperti memberikan
air ataupun sebagainya.
- e. Pastikan vitamin disimpan di tempat yang selamat.
Kalau anda hendak tahu, vitamin seelok-eloknya disimpan di tempat
yang kering dan sejuk. Ia juga tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari.
Jadi, mulai sekarang, anda simpanlah vitamin di tempat yang sepatutnya.
Salam sayang... Mama Liza
0164219053
Comments