HARI PERTAMA KE TASKA

 Assalamualaikum...

Hari ini adalah hari pertama Eman ke Taska 5 tahun. Setelah beberapa lama menyediakan mentalnya untuk ke taska dan seterusnya ke tadika, nampaknya dia exited untuk pergi. Berkali-kali dia bertanya semasa saya menghantar dia tadi; kenapa dia tak pakai baju tadika? Kenapa pakai baju biasa je? Walaupun sudah berkali-kali saya jelaskan, dia akan ke tadika esok hari. Hari ni ke taska je dulu..Tapi dia masih bertanya juga.. Aduhai Eman..



Eman memang anak manja. Maklum lah beza antara abangnya dengan dia adalah 7 tahun. Kehadirannya memang diharapkan sangat. Dia pun tak pernah dihantar ke taska. Hantar ke pengasuh aje. Pengasuh tu pulak sepupu suami. Jadi memang dia dijaga sangat-sangat. Lepas dia berumur dua tahun, saya pulak cuti belajar. Jadi Eman memang saya jaga sendiri di rumah. Bertambah lah manjanya.. Hmm... menyusu badan pun sampai 3 tahun 4 bulan.. mana la tak manja kan..



Pernah sekali saya menghantar Eman ke taska. Masa tu saya tengah sibuk dengan tesis. Rasa macam tak sempat nak jaga anak dan buat kerja skolah tu. Kalut sangat. Tapi bila saya hantar, punya la dia menangis macam dicubit2. Tak sampai hati saya. Sempat jugak la dua tiga hari sebab saya ke luar negara masa tu. Bila hubby mengadu kata dia menangis bila dihantar ke taska tu, saya lagi sedih. Tambahan pulak pengasuh taska tu sangat tak memuaskan hati saya. Ada ke anak saya dibiarkan berdiri tegak, tak tau nak buat apa2 di suatu sudut.. sebab pengasuh lepas amik Eman kat pintu, then saya pergi, then dia terus buat kerja sendiri. Langsung tak tengok atau bercakap dengan anak saya. Sudahnya Eman hanya berdiri sambil tengok pengasuh bagi budak2 lain makan. Saya tengok dari jauh dalam 15 minit jugak. Last2 saya call tanya napa dibiarkan Eman hanya berdiri begitu. Takde ke nak bercakap2 dengan dia. Dah la dia takut...






Sudahnya saya amik dia balik. Jaga sendiri walaupun saya penat sikit. Takpa lah.. Malam saya boleh buat kerja saya..

Hari ni, bila saya hantar Eman ke taska, tentunya taska yang lain.. saya jangkakan Eman akan menangis. Rupa2nya Eman cool aje.. walaupun dia tak senyum tapi dia tak menangis pun. Rilex je dia.. Saya pulak yang risaukan lebih2. Sudahnya saya sampai awal ke opis sebab bertolak awal dari rumah. Ye la kan.. ingatkan kena ambik masa untuk memujuk Eman.. :P

Begitulah selingkar kisah Eman pagi ini.. Buah hatiku sayang... Semoga Eman menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat... yang mampu membahagiakan kedua ibu bapa dan keluarganya...

Salam sayang.. Mama



Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?