ANAK2 KU SAYANG

Assalamualaikum...

Rasanya dah dekat 2 minggu saya tidak menulis apa2 di blog  kesayangan saya ini. Bukannya apa, 2 minggu ni saya sibuk dengan kerja2 di luar negeri. (Bukan luar negara ye..) Nak update blog pun tak sempat. Walaupun ada banyak perkara yang nak dikongsikan tapi masa amat mencemburui saya. Ada saja halangan...

Pertengahan bulan ini saya ke Langkawi selama 4 hari. Tidak seperti masa2 yang lalu, kali ini saya bekerja dengan hati yang resah. Mana taknya, saya terpaksa meninggalkan anak2 terutamanya sikecil eman, dengan bekalan susu yang tak mencukupi. Semasa saya keluar rumah, hanya ada 13 botol saja. Dalam hati saya terpaksa redha walaupun sebenarnya sedih untuk membiarkan eman bertukar kepada susu formula. Saya dan suami dah siap2 beli susu formula tu...

Rupanya sehari selepas 2 hari, eman tetap tak mahu susu yang dibeli tu. Mungkin kebetulan juga, dia demam dengan kepanasan badan yang tinggi juga. Hati risau tak tau lah macamana nak saya gambarkan... 

Bersyukur kerana suami tetap tenang menjaga anak2 saya.. Dia simpan sebotol susu untuk siang dan sebotol susu untuk malam sehingga saya pulang. Eman plk memang taknak minum susu formula tu. Risau saya bila dia hanya minum ribena dan makan nasi je... 

Hati saya gundah di sepanjang berada di tempat keje. Namun saya tetap mengepam susu. Semakin eman menolak susu formula, semangat saya mengepam makin kuat. Semata2 untuk dia. Saya konsisten makan vitamin, esp, meal shake dan fiber. Malam2 saya bangun... Alhamdulillah susu tetap banyak....

Saya balik dengan hati yang gembira. Suami menunggu di airport dan bila berjumpa dengan eman, rasa hampir menitis air mata.. Dekat setengah jam dia menyusu.. Sampai dia puas... 

Saya sayangkan anak2 saya.. 
Saya sayangkan keluarga saya..
Saya akan berikan yang terbaik buat mereka...

Salam sayang.. Mama Liza

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?