APA ISTIMEWANYA SUSU IBU?
Assalamualaikum...
Sedikit perkongsian mengenai susu ibu..
Susu ibu merujuk kepada susu yang
dihasilkan oleh kelenjar mammari
ibu yang terletak di payu dara. Susu yang
dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi. Namun
begitu konteks yang akan diterangkan dalam entry ini lebih menekankan
tentang susu ibu manusia. Susu ibu dilihat sebagai makanan awal
dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding
susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan
baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan
hingga 2 tahun.
Pada keperluannya, bayi baru lahir amat diperlukan dan disarankan
agar terus diberi makan hanya dengan susu ibu sehingga umur bayi
menjangkau 6 bulan. Ibu yang telah melahirkan anak adalah amat
bersesuian untuk terus menggunakan susu yang keluar dari payu daranya
untuk disusukan buat bayi kelahiranya. Namun berikutan penciptaan pam
payu dara, kini lebih ramai ibu-ibu lebih suka untuk menyediakan
simpanan susu tambahan buat anaknya atau sebagai suatu inisiatif bagi
menyusukan anak orang lain supaya menjadi anak susuannya. Susu yang sudah dipam akan dimasukkan kedalam botol susu bayi,
cawan ataupun sistem penyimpanan susu dan juga tiub nasogastrik.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) menyarankan penyusuan susu hanya dieksklusifkan bagi bayi yang
berumur 6 bulan pertama kelahirannya. Ini bemaksud tiada sebarang
pemberian makanan tambahan kepada bayi baru lahir sehingga ia mencapai
umur 6 bulan selepas kelahiran. Pemberian makanan pejal, susu formula,
susu skim, susu segar dari haiwan malahan air mineral dan air minuman
pun sudah cukup menyebabkan bayi akan mengalami masalah tumbesaran,
masalah komplikasi penyakit dan tanda kemerahan/ alergi boleh berlaku.
Namun selepas umur bayi melebihi 6 bulan, barulah makanan tambahan
seperti bubur formula, susu skim, air minuman diberikan sebagai tambahan
terhadap penyusuan terus susu ibu sehingga umur bayi sampai kepada 2
tahun. Namun keadaan berlarutan bagi susuan sehingga 2 tahun adalah
bergantung kepada kehendak ibu dan bayi.
Tujuan penyusuan dengan susu ibu dapat memberikan banyak faedah
kepada kesihatan yang sangat baik sehingga ia menjangkau usia
kanak-kanak.
Antara kebaikannya adalah; kurangnya mendapat risiko Sindrom
Kematian Bayi Mengejut (SIDS),
meningkatkan tahap kepintaran dan kecerdikan, mengurangkan risiko
seperti jangkitan telinga tegah, kesejukan, flu dan selsema, serta
dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit leukemia
kanak-kanak, diabetes, asma dan ekzema.
Juga mengurangkan penyakit kulit, masalah gigi dan gusi. Mengurangkan
risiko obesiti
pada usia kanak-kanak dan dewasa, melancarkan sistem penghadaman dan
obstektrik. Mengelakkan masalah kekuningan pada bayi (jaundice). Ia jga
mampu mengurangkan risiko kecacatan dan keilatan bayi dan masalah
pembinaan psikologi bayi.
Penyusuan bayi dengan susu ibu juga membantu ibu mengekalkan saiz dan
struktur rahim dan uterus seperti sebelum mengandung. Membantu
mengurangkan pendarahan post-partum termasuk menurunkan kehilangan darah
nifas
dan wiladah.
Juga membantu menurunkan berat badan ibu dan melangsingkan badan secara
sihat. Penyusuan susu ibu pada bayi dapat mengurang risiko kanser payu
dara dalam kehidupan ibu.[1]
Comments