KENALI VITAMIN
Vitamin maksudnya bahan
organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia
berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan,
dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia
membantu pertumbuhan proses protein,
karbohidrat,
dan lemak
dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan
hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak
mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan
atau suplemen(makanan
tambahan seperti vitamin) yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa,
tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.
Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan
harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.
Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini? Tapi, sekiranya anda masih
takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya
dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut
membekalkan vitamin yang tinggi.
Jenis vitamin | Fungsi |
---|---|
Larut dalam lemak : Vitamin A |
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun. |
Vitamin D | Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi. |
Vitamin E | Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan. |
Vitamin K | Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan. |
Larut dalam air: Vitamin C |
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi. |
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12) | Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma. |
Apa akan terjadi jika tidak ambil vitamin?
Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang
tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.
Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa
sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara
pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan
nutrien.
Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin.
Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal.
Berbeza pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan
vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala
penyakit.
Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan
oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin
B12 atau zat besi.
Liza
0164219053
Sumber: Wikipedia
Comments