rahmat penyusuan susuibu

Assalamualaikum..

Saya selalu mendengar ibu2 yang baru  melahirkan anak merungut mengatakan anak mereka tak kenyang apabila disusukan. Kemudian saya akan tanya, bagaimana mereka melihat baby yang tak kenyang tu? Biasanya jawapan mereka adalah anak kerap menyusu dan merengek walaupun dalam jarak masa yang dekat.



Melalui pengalaman saya dengan 3 anak saya, baby memang kerap menyusu. Kadang2 kita pun letih. Baru tadi menyusu, sekarang mahu lagi.. Tahukah anda, rahmat daripada keinginan baby yang asyik mahu menyusu itu adalah perangsang kepada pengeluaran susu yang lebih banyak? Pernah tak anda mendengar, lagi kerap baby menyusu, lagi banyak susu akan keluar?

Hakikatnya, Allah menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya.. Memang baby akan kerap menyusu bukan semata2 kerana dia lapar. Lagipun kalau baby kerap menyusu, kebarangkalian untuk mendapat sakit kuning akan berkurang. Kalau kenapun, akan cepat sembuh bila kita kerap menyusukannya..

So, biar aje kalau baby mahu menyusu selalu ya. Kecualilah kalau memang susu kita betul2 tak cukup atas sebab2 tertentu. Selain daripada itu, menyusukan anak memang suatu kejadian yang amat membahagiakan.... Percayalah.... 

Salam sayang... Mama Liza
0164219053

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?