ELAKKAN MENGAMBIL MAKANAN SEGERA
Assalamualaikum...
Pasti anda (mungkin kanak-kanak atau orang yang sudah dewasa) rambang
mata kalau pergi ke kedai runcit. Macam-macam kerepek, 'jajan',
gula-gula ada dijual di kedai itu dan anda merasakan hendak membeli
semua makanan ringan itu.
Kalau keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah pula, pasti mata
anda tertumpu pada kedai-kedai atau restoran makanan segera kan?
Ditambah lagi dengan pelbagai hadiah mainan yang menarik, makin
membuak-buak keinginan anda untuk memasuki kedai makanan segera itu.
Tetapi anda tahu tak kenapa makanan segera itu tidak elok kepada
kesihatan badan? Terdapat beberapa kesan yang tidak elok sekiranya
mengambil makanan segera terlalu kerap.
Kesan mengambil makanan segera
- Obesiti - Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?
- Ketahanan badan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.
- Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi. Kalau anda sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.
- Diabetes - Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.
- Kanser - Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser. Takut kan?
Senarai makanan segera yang kurang elok untuk kesihatan
Apa? Anda baru lepas makan mi segera? Mesti sedap kan? Tapi anda kena
ingat, mi segera merupakan makanan segera yang tidak elok diamalkan
sebagai makanan harian. Hendak tahu kenapa? Perencah mi segera itu
mempunyai perisa ynag berlebihan dan kandungan garam yang tinggi.
Kalau anda hendak tahu, banyak lagi makanan segera yang tidak baik
untuk kesihatan. Lihat contoh makanan segera di bawah ini:
i) Kentang goreng - terlalu
banyak lemak dan garam dan banyak menggunakan pewarna tiruan.
ii) Burger daging - kandungan
lemak yang tinggi dan bahan kimia yang banyak.
iii) Makanan ringan(jajan) -
mempunyai garam dan pewarna yang tinggi.
iv) Air bikarbonat - kandungan
gula yang sangat tinggi.
Jadi lebih elok sekiranya anda elakkan daripada makan makanan segera dalam kuantiti yang banyak ya...
Sekadar berkongsi..
Salam Sayang... Mama Liza
0164219053
Comments