Posts

Showing posts from February, 2012

APA ISTIMEWANYA SUSU IBU?

Assalamualaikum... Sedikit perkongsian mengenai susu ibu.. Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payu dara . Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi . Namun begitu konteks yang akan diterangkan dalam entry ini lebih menekankan tentang susu ibu manusia . Susu ibu dilihat sebagai makanan awal dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 2 tahun. Pada keperluannya, bayi baru lahir amat diperlukan dan disarankan agar terus diberi makan hanya dengan susu ibu sehingga umur bayi menjangkau 6 bulan. Ibu yang telah melahirkan anak adalah amat bersesuian untuk terus menggunakan susu yang keluar dari payu daranya untuk disusukan buat bayi kelahiranya. Namun berikutan penciptaan pam payu dara, kini lebih ramai ibu-ib

MAKANAN YANG BOLEH MENGGANTIKAN VITAMIN

Assalamualaikum... Susah hendak dapatkan vitamin? Anda jangan risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri. Tidak percaya? Cuba anda pergi ke dapur. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin. Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya. i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi. ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C. iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi. iv) Nanas - vitamin A, B, dan C. v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A. vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1. vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2. viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D. ix) Sayuran be

ELAKKAN MENGAMBIL MAKANAN SEGERA

Image
Assalamualaikum... Pasti anda (mungkin kanak-kanak atau orang yang sudah dewasa) rambang mata kalau pergi ke kedai runcit. Macam-macam kerepek, 'jajan', gula-gula ada dijual di kedai itu dan anda merasakan hendak membeli semua makanan ringan itu. Kalau keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah pula, pasti mata anda tertumpu pada kedai-kedai atau restoran makanan segera kan? Ditambah lagi dengan pelbagai hadiah mainan yang menarik, makin membuak-buak keinginan anda untuk memasuki kedai makanan segera itu. Tetapi anda tahu tak kenapa makanan segera itu tidak elok kepada kesihatan badan? Terdapat beberapa kesan yang tidak elok sekiranya mengambil makanan segera terlalu kerap.   Kesan mengambil makanan segera   Obesiti - Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam

SEJARAH VITAMIN

 Assalamualaikum... Sekadar menambah ilmu pengetahuan..   Perkataan vitamin telah diusulkan oleh seorang pakar biokimia yang berbangsa Poland pada tahun 1912. Vita di dalam bahasa Latin bemaksud kehidupan dan mine -amine adalah adalah kata tambahan dari amine ; kerana pada masa itu ramai yang menyangka bahawa semua vitamin adalah amine dan sekarang kesalahan ini telahpun disedari. Nilai memakan makanan tertentu bagi mengekalkan kesihatan telah diketahui lama sebelum vitamin dikenal pasti. Orang-orang Mesir purba tahu bahawa memberi pesakit makan hati akan membantu merawat rabun malam , yang kini diketahui akibat kekurangan vitamin A .  Pada 1747 , pakar bedah Scotland , James Lind menyedari bahawa makanan sitrus membantu menghalang beri-beri ( scurvy ) , penyakit yang mampu membawa maut di mana kolagen tidak terbentuk dengan sempurna, dan ciri-ciri yang muncul adalah luka lambat sembuh, pendarahan pada gusi , dan rasa sakit yang teruk.  Pada

MARI MEMAHAMI FUNGSI KALSIUM

Image
Assalamualaikum... Apa kata hari ini kita memahami fungsi kalsium yang selama ini kita consume?  Kalsium merupakan bahan galian penting dalam diet yang sihat. Kekurangannya boleh memberi kesan terhadap pembentukan tulang dan gigi, sementara penyimpanan berlebihan boleh mengakibatkan karang ginjal . Vitamin D diperlukan untuk menyerap kalsium. Keluaran tenusu , seperti [[susu|] dan keju , adalah sumber kalsium yang diketahui ramai.  Walau bagaimanapun, sesetengah individu alah kepada keluaran tenusu dan lebih ramai orang, terutamanya keturunan bukan Eropah, adalah tak tahan laktosa ( intolerans laktosa), menyebabkan mereka tidak boleh menggunakan keluaran tenusu. Bagi orang-orang ini, terdapat banyak lagi sumber kalsium yang baik. Ini termasuklah: rumpai laut seperti kelp , wakame dan hijiki ; biji-bijian dan benih (contohnya badam dan bijan ); kekacang; makanan laut seperti tiram udang halus ; ikan bertulang lembut; bayam ; gandum lengkap; kailan; okra ; ru

Kolostrum

SEKILAS... Kolostrum merupakan sejenis susu ibu yang dihasilkan pada akhir tempoh mengandung hingga beberapa jam selepas bersalin. Ia sangat bermanfaat bagi bayi, kerana: mengandung banyak karbohidrat, protein, dan antibodi mudah dicerna memiliki efek laksatif memiliki kandungan imun yang tinggi melindungi saluran pencernaan bayi mengandungI sel darah putih                                                                                                                                                                                                                                               

KENALI VITAMIN

Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan , dan pencegahan penyakit . Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien . Ia membantu pertumbuhan proses protein , karbohidrat , dan lemak dalam badan anda. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain. Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil. Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien . Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini? Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh mengganti

KENALI SET PENYUSUAN YANG SESUAI UNTUK ANDA

Image
Assalamualaikum... Sekiranya anda masih keliru dengan set penyusuan mana yang sesuai untuk anda, boleh mula memahami fungsi setiap set di bawah ini.. 1. Set B Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa Sesuai untuk ibu yang TIDAK   mempunyai masalah penyusuan Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa Namun sekiranya masih mengambil set ini semasa dalam pantang, boleh melewatkan sedikit pengambilan alfalfa   2. Set Eu Four Pack Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, d

ANAK2 KU SAYANG

Assalamualaikum... Rasanya dah dekat 2 minggu saya tidak menulis apa2 di blog  kesayangan saya ini. Bukannya apa, 2 minggu ni saya sibuk dengan kerja2 di luar negeri. (Bukan luar negara ye..) Nak update blog pun tak sempat. Walaupun ada banyak perkara yang nak dikongsikan tapi masa amat mencemburui saya. Ada saja halangan... Pertengahan bulan ini saya ke Langkawi selama 4 hari. Tidak seperti masa2 yang lalu, kali ini saya bekerja dengan hati yang resah. Mana taknya, saya terpaksa meninggalkan anak2 terutamanya sikecil eman, dengan bekalan susu yang tak mencukupi. Semasa saya keluar rumah, hanya ada 13 botol saja. Dalam hati saya terpaksa redha walaupun sebenarnya sedih untuk membiarkan eman bertukar kepada susu formula. Saya dan suami dah siap2 beli susu formula tu... Rupanya sehari selepas 2 hari, eman tetap tak mahu susu yang dibeli tu. Mungkin kebetulan juga, dia demam dengan kepanasan badan yang tinggi juga. Hati risau tak tau lah macamana nak saya gambarkan...  Bersyukur k

rahmat penyusuan susuibu

Image
Assalamualaikum.. Saya selalu mendengar ibu2 yang baru  melahirkan anak merungut mengatakan anak mereka tak kenyang apabila disusukan. Kemudian saya akan tanya, bagaimana mereka melihat baby yang tak kenyang tu? Biasanya jawapan mereka adalah anak kerap menyusu dan merengek walaupun dalam jarak masa yang dekat. Melalui pengalaman saya dengan 3 anak saya, baby memang kerap menyusu. Kadang2 kita pun letih. Baru tadi menyusu, sekarang mahu lagi.. Tahukah anda, rahmat daripada keinginan baby yang asyik mahu menyusu itu adalah perangsang kepada pengeluaran susu yang lebih banyak? Pernah tak anda mendengar, lagi kerap baby menyusu, lagi banyak susu akan keluar? Hakikatnya, Allah menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya.. Memang baby akan kerap menyusu bukan semata2 kerana dia lapar. Lagipun kalau baby kerap menyusu, kebarangkalian untuk mendapat sakit kuning akan berkurang. Kalau kenapun, akan cepat sembuh bila kita kerap menyusukannya.. So, biar aje kalau baby mahu menyusu selalu

BERPANTANG DENGAN SHAKLEE

Image
Assalamualaikum... Setiap orang mempunyai pilihan sendiri tentang bagaimana memilih cara terbaik untuk menjamin kesihatan mereka terutamanya ketika berpantang. Ada yang memilih memakan ubat cara tradisional, moden mahupun yang tidak menggunakan sebarang makanan tambahan. Sebenarnya terpulang kepada kehendak orang itu sendiri kerana tubuh badan mereka, merekalah yang lebih mengetahui. Semuanya bergantung kepada kepercayaan, kemahuan mahupun keadaan kewangan. Saya sendiri sebenarnya mengamalkan cara tradisional semasa bersalin anak pertama dan kedua. Saya bersalin cara normal. Tapi taklah terlalu obses memandangkan bau rempah2 ni kurang menyenangkan saya. Tetapi anak yang ketiga, saya bersalin ceaserean. Memang rempah2an saya tolak tepi kerana walaupun nasihat dari org2 tua suruh makan rempah macam2, tapi saya lebih selesa untuk tidak makan.. Badan saya, saya tau la... Saya mengenali Shaklee setelah beberapa bulan lepas bersalin. Sebenarnya saya mencubanya untuk tujuan meny

SUSUIBU ADALAH REZEKI

Image
Assalamualaikum... 4 hari lagi eman akan berusia setahun 4 bulan.. Begitu cepat rasanya masa berlalu. Sedar tak sedar dia dah mula nak bercakap.. Sekarang pun dah mula menyebut bunyi hujung perkataan. Sebagai ibu, saya rasa sangat teruja untuk mendengan butir2 bicaranya.. Maklum sajalah dah lama sangat tak ada anak kecik.. Saya melihat perkembangan eman sangat bagus.. Berat badannya normal, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu berat.. Sesuai dengan ketinggiannya dan rangka badan yang hampir sama dengan kakaknya. (Anak kedua saya obes... :))  Namun yang paling ketara, eman jarang mengalami demam yang teruk. Biasanya kalau adapun hanya selsema ringan yang kadangkala saya rasa kerana pergaulannya di rumah babysitter. Selain daripada itu, dia biasa2 saja.  Saya melihat itu sebagai suatu rahmat Allah yang tidak terkira nikmatnya. Saya sangat2 bersyukur kerana anak2 saya membesar dengan sihat dan saya kira itulah rezeki yang amat besar iaitu kesihatan yang baik. Tidak dapat