TIPS UNTUK IBU MENYUSUKAN DI BULAN PUASA
Assalamualaikum...
Ramai ibu-ibu yang sudah mula risau apabila hampirnya bulan puasa. Bukan risau kerana tidak boleh berpuasa. Sebaliknya risau jika susu kering pada bulan itu. Sememangnya ini sebenarnya bukan semata-mata kerisauan yang kosong sebaliknya ia memang benar-benar akan terjadi jika tidak kena pada gayanya.
Menyusukan ketika berpuasa bukan perkara mudah. Persediaan mental amat penting. Apatah lagi fizikal. Mari kita selidiki kenapa susu kering pada bulan puasa:
Sebab #1
Mind Setting
Elakkan berfikir "Confirm, susu aku kurang puasa nanti" atau "Boleh ke kuantiti perahan dapat macam time tak puasa". Percaya dengan kuasa minda. Letakkan di kepala "Aku pasti boleh menyusukan seperti biasa walaupun puasa" atau "Aku yakin, kuantiti susu perahan tak tak berubah walaupun puasa".
Berpuasa bukanlah penghalang kepada kejayaan penyusuan ibu. Jelaskan matlamat. Elakkan kerisauan. Percaya rezeki dari Allah. Bukankah Allah yang menjaga segalanya?
Jadi tak perlu risau. Yakin dan just do it.
Sebab #2
Lari Rutin Mengepam
Disebabkan rutin baru bulan ramadan. Ibu-ibu dah mula skip atau terlepas sesi mengepam. Tahukah ibu bahawa skip rutin mengepam akan membuatkan susu ibu kurang. Jadi kekalkan rutin mengepam. Jika tak boleh pada waktu tertentu, jadual pada waktu yang lain. Sebaik-baiknya 3 jam sekali.
Atau jika ibu merasa tak larat di siang hari, tambahkan sesi mengepam di waktu malam atau waktu sebelum bersahur. Insyaallah susu tak kan kurang.
Sebab #3
Kurang Minum Air
Susu ibu dihasilkan dari air. Jika ibu kurang minum, badan ibu tak dapat berfungsi dengan baik. Badan akan terhidrasi. Ini juga menjadi sebab susu ibu akan kurang.
Sebaik-baiknya minumlah air sebanyak 3 liter sehari. Ya, walaupun berpuasa. Minumlah sedikit-sedikit pada waktu berbuka hingga bersahur. Jangan minum sekali banyak. Itu hanya akan membuatkan lebih banyak air yang akan terkeluar kembali.
Sebab #4
Mahu Kurus Di Bulan Puasa
Tak salah punya matlamat nak turun berat atau kurus pada bulan puasa. Tapi ibu perlu ingat, badan memerlukan bahan untuk menghasilkan susu. Tetaplah makan dengan seimbang. Pilih makanan yang sihat dan baik. Elakkan yang berminyak dan berlemak. Tapi jangan sesekali kurangkan pengambilan makanan secara drastik.
Makan 5 kali (pada waktu berbuka hingga bersahur) dalam portion yang sedikit. Jangan lupa masukkan karbohidrat, protein dan fiber dalam makanan ibu-ibu ya.
Sebab #5
Tak Menjaga Pemakanan
Ramai juga yang terjerumus. Pilihan berbuka yang sedap semata-mata. Hingga mengabaikan kualiti makanan yang dimakan. Makan mahu sedap. Juga ibu tak sensitif akan makanan-makanan yang bagi sebab susu ibu kurang. Pilih makanan yang berkhasiat.
Apatah lagi bagi ibu-ibu yang menyusukan. Tenaga yang diperlukan lebih dari orang biasa. Ambil sesuatu yang membantu ibu kekal bertenaga dan susu kekal banyak walaupun puasa. Apa salahnya melabur untuk kesihatan sendiri. Lagi-lagi sebagai persediaan bulan Syawal. Mestilah ibu nak nampak cantik dan bertenaga.
So, apa salahnya anda berbelanja sedikit untuk anak anda.. Harga biasa set ini adalah RM345. Dapatkan daripada saya pada harga yang sangat sangat rendah.
Salam sayang.. Mama Liza
0164219053
lizahzza74@yahoo.com
sumber: sini
Comments