MENGAPA PERLU SUPPLEMENT?
Ada juga di kalangan kita yang menganggap bahawa manusia sihat tidak memerlukan suplemen. Maklumlah dah sihat. Lagipun pemakanan seharian boleh memenuhi segala keperluan tubuh badan. Mereka juga beranggapan pegawai perubatan adalah lebih arif bagi menentukan perlu atau tidak seseorang itu mengamalkan suplemen.
Cuma jika kita lihat, berapa ramai orang yang berjumpa doktor jika mereka tidak sakit? Macamana nak dapat nasihat doktor apabila kita tidak berjumpa mereka? Tunggu sakit baru kita jumpa kan?
Keperluan seseorang terhadap suplemen bergantung kepada keadaan diri mereka sendiri. Namun cuba kita teliti mengapa suplemen diperlukan:
- Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara, air , bunyi dan lain2 yg mana menyumbang kpd tekanan kepada gaya hidup kita dari segi kesihatan mental, fizikal dan kerohanian.
- Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien bagi menyokong fungsi tubuh kita yg mana adakalanya kita tidak suka untuk mengambilnya dlm pemakanan harian kita seperti sayur dan buah-2an.
- Sumber semula jadi vitamin seperti buah dan sayuran mungkin tercemar oleh krn penggunaan bahn kimia spt baja dn racun serangga. Kesegaran buah dan sayuran bukanlah jaminan bahawa kita telah mengambil nutrin yg cukup malah kesan sampingan jangka panjang pasti mempengaruhi kesihatan kita.
- Adakalanya kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengabaikan senaman, tidur lewat, merokok dan meminum alkohol dan sebagainya.
- Kebanyakan dari kita mengambil makanan mengikut selera sendiri tanpa menghadkan batasan kuantiti dan kandungan yang tidak baik dlm makanan spt lemak, garam dan gula berlebihan, perasa, pewarna, pengawet dan sbgnya.
- Terdapat gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan seperti alkohol yang merosakkan suatu fungsi makanan.
- Kehilangan nutrien dalam makanan berlaku apabila kerosakan pada buah, sayuran atau sumber lain oleh kerann cara memasak yang terlalu lama atau cara pengendalian bahan yg tidak betul.
.
Tahukah anda bahawa kekurangan nutrisi akan menyebabkan risiko kesihataan seperti penuaan pramatang, kelesuan, mudah mendapat penyakit dan jangkitan. keguguran rambut, osteoporosis dan kulit bermasalah.
.
Tak kira samada kita masih muda atau sudah berumur, penjagaan kesihatan sangat penting. Dengan pemakanan supplemen inshaAllah banyak membantu kehidupan kita. Bak kata pepatah"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI".Salam sayang.. Mama Liza
Kredit: sini
Comments