TEKNIK POWER PUMPING DALAM PENYUSUAN SUSU IBU
Banyak perkara yang telah berlaku dalam seminggu kebelakangan ini. Semuanya memerlukan kekuatan dan ketabahan yang bukan sedikit. Namun semuanya harus dilalui jua walaupun sebenarnya bukan itu yang diharapkan. Telah jelas dinyatakan bahawa tidak beriman seseorang itu selagi mana ia tidak diuji. Sesungguhnya ujian itu akan tetap datang dengan pelbagai bentuk sehingga akhir hayat kita. Yang penting kita harus tetapkan pendirian dan terus melaluinya dengan tenang. InsyaAllah..
Okey la. Itu cuma muqaddimah entry kali ini ya. Lain sedikit. Maklumlah.. Nama pun manusia..
Kelmarin seorang regular customer saya menghantar sms dan menyatakan kerisauannya kerana sekarang ini dia sedang belajar di selatan tanahair sedangkan anaknya yang berusia setahun berada di pantai timur. Selama ini memang dia menyusukan anaknya dengan baik. Tapi memandangkan dia menyambung pelajarannya, maka terpaksa berpisah untuk tempoh masa yang agak panjang juga. Seperti biasa, beliau agak resah gelisah kerana takut sekiranya susu kering. Tersentuh juga hati ibu saya apoabila mendengar hasratnya untuk terus menyusukan anak sampai sekurang-kurangnya 2 tahun.
Saya mengesyorkan beliau tetap konsisten dengan set 3M Shaklee supaya badan terus sihat dan berupaya mengeluarkan susu yang bernutrisi. Kemudian yang penting sekali adalah membuat power pumping pada malam hari.
Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tak langsung dan meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar pulak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sebab hormon susu sangat tinggi waktu ni.
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Perlu diingat bahawa sekali buat bukan bermakna terus susu jadi banyak ya. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…
Walaupun letih, percayalah yang sesungguhnya ia adalah memori yang terindah buat si ibu. Bukan semua orang berupaya menyusukan dan bukan semua orang juga berpeluang melakukannya.
Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan saya melalui Email lizahzza74[@]yahoo.com Call/Whatsapp : 0164219053.
Salam sayang.. Mama Liza
Comments