ANDA SEDANG STRESS??

Anda sedang stress?

Orang yang mudah stress akan menampakkan kesan stress di kulit wajah... kulit mudah nampak kusam, bergarisan sedikit , dan paling kiritikal nampak lebih tua dari umur yang sebenar. Mengapa ianya terjadi? sebab bila kita stress, badan kita akan menggunakan b complex yang sedia ada supaya badan mampu bertahan. Secara langsung stress yang berterusan mampu merosakkan vitamin  yang sedia ada. Maka pentingnya makanan yang mengandungi vitamin B diambil dalam menu harian kita demi memastikan keperluan vitamin ini oleh badan sentiasa dapat dipenuhi.


KECANTIKAN, STRESS, TEKANAN


Apakah makanan yang mengandungi zat B sebenarnya?


Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis dan sebenarnya banyak lagi. Namun kita perlu tahu bahawa vitamin B yang LENGKAP atau nama lainnya ialah B Complex terdiri daripada lapan (8) vitamin B.

Apakah B Complex ?
B complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1), riboflavin (B-2), niacin (B-3), pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.

B COMPLEX, TEKANAN, STRESS, MIGRAINE

Apa kelebihan vitamin B complex sebenarnya?

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi  Shaklee. Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :

§ Sistem penyerapan bioaktif berpaten
§
 Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
§
 Peningkatan penghantaran zat
§ Tablet mudah ditelan 



Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untuk                                       mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan,

Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran,
Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein,
Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina
menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.

Pengalaman saya sendiri dengan B complex :

Saya mengamalkan sibuji atau dua biji B Complex setiap hari bergantung kepada keadaan. Terutamanya apabila saya perlu bertugas luar pejabat yang memerlukan saya banyak bergerak aktif. Saya sebenarnya pengidap migraine yang agak terus sejak zaman sekolah menengah. Memang seronok apabila bekerja ditemani B Complex sebab fizikal saya lebih cergas dan minda saya boleh berfungsi dengan lebih effective. Seharian saya jadi seorang yang sangat periang dan tidak dipengaruhi oleh mood yang tidak baik. 

Kini saya masih makan b complex setiap  sehari memandangkan saya sedang belajar dan pada masa yang sama masih menyusukan anak. Berganda lah keperluannya. Apabila saya banyak kerja atau ada rasa tertekan saya akan mengambil B Complex demi mengelakkan saya melalui stress dan memberi kesan tidak baik kepada hubungan saya dengan orang lain. Ye la.. mana ada suami yang suka isterinya marah2 kan.. hehehe.. 

Namun pengambilan sehari biasanya 1 biji dah memadai.

Siapa sebenarnya yang perlu B complex?

Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang

·         Terdedah kepada sinaran matahari
·         Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
·         Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
·         Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan  yang dilakukan.
·         Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
·         Mereka yang nak nampak cantik dan muda
·         Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
·         Wanita yang mengambil pil perancang

Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan makanan tambahan seperti vitamin B Complex supaya badan lebih bertenaga, kita lebih sihat, ceria dan mood lebih stabil di samping dapat mengawal tekanan yang kita hadapi.

Kenapa saya jatuh cinta dengan vitamin B? Jawapannya sebab ia vitamin yang larut air dan selamat. Saya consume lebih bila keadaan memerlukan sahaja.

Ingin mencuba B Complex? Anda boleh berhubung dengan saya melalui Email lizahzza74[@]yahoo.com Call/Whatsapp : 0164219053. Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee di Kajang dan Cheras.

Salam sayang.. Mama Liza

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?