MENGENALI MIGRAIN

Assalamualaikum...

Sejak 2 hari yang lepas saya mengalami sakit kepala atau migrain. Nak buat keje pun payah. Tapi terpaksa jgk buat keje, dan merasai betaspa siksanya apabila terpaksa menggunakan komputer, melulis dan sebagainya. Sebenarnya saya dah mengalami migrain sejak berusia 15 tahun lagi.. Cuma sekarang dah tak terlalu kerap. Tak seperti dulu, hampir setiap bulan, paling kurang 5 atau 6 kali saya kena migrain. Time cik p datang lagi lah teruk... 

So apa itu migrain?

Ia adalah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain yang teruk selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi cik p. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain.

Migrain juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras. Malah, ada yang mengatakan tekanan perasaan sama ada di rumah ataupun pejabat juga boleh menyebabkan migrain. Mungkin ada benarnya sebab sejak seminggu lepas, banyak sgt keje pejabat dan hal2 lain yg menyebabkan saya stress..

Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migrain yang wujud bersama aura dan migrain tanpa aura. Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Pesakit migrain dengan aura mengalami pelbagai gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik. 

Kadangkala, penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai skotoma. Pesakit juga ada kalanya mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura. Bagaimanapun, ada juga pesakit yang tidak mengalami aura dan terus aje mendapat migrain.

Serangan migrain

Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala. Serangan migrain datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, migrain selalunya dialami antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga empat hari.

Apakah gejala migrain?

Apabila seorang pesakit menemui doktor dan mengatakan mereka mengalami sakit kepala setiap hari, itu tidak bermakna mereka menghidap migrain kerana migrain selalunya menyerang mangsa seminggu sekali ataupun enam bulan sekali. Pesakit selalunya kelihatan pucat dan berpeluh-peluh serta mengalami komplikasi migrain. Mangsa juga kadangkala mengalami strok sementara. Dalam keadaan ini, mangsa mengalami lumpuh sebelah badan, tetapi keadaan itu hanya sementara dan akan pulih seperti biasa. Keadaan ini berlaku berikutan pengecutan urat darah dalam otak.

Gejala lain migrain

Loya dan muntah-muntah.

Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.

Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.

Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.

Badan berpeluh.

Bercakap dengan suara perlahan. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.

Kepala terasa pening.

Pesakit terasa persekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.

Pitam dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kecederaan anggota badan.

Apakah pemeriksaan yang dilakukan?

Tiada ujian khusus bagi mengesan migrain. Pakar perubatan akan bertanya mengenai sejarah kesakitan yang dialami pesakit dan imbasan otak hanya dilakukan apabila pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda menghidap migrain. Antara faktor yang memungkinkan imbasan otak dijalankan adalah lumpuh separuh badan lebih daripada seminggu, sakit kepala berterusan lebih daripada tiga hari dan bengkak urat saraf.

Apakah rawatan bagi penyakit migrain?

Rawatan dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan serangan dan pencegahan. Melalui rawatan serangan, pesakit dinasihatkan supaya berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Mereka diberi ubat seperti Paracetamol dan apabila perlu mereka diberikan Ubat Penahan Sakit dan Radang Bukan Steroid (NSAID).

Bagi pesakit migrain, kesakitan yang dirasai seolah2 menjadi perkara biasa. Tetapi bagi mereka yang baru saja mengalami migrain, ia akan menyebabkan hidup menjadi tidak teratur dan emosi menjadi tidak stabil. Hasilnya mereka akan menjadi cepat marah..

Sesetengah orang mengamalkan pemakanan suplemen bagi mengurangkan risiko mengalami migrain. Biasanya kandungan yang terdapat di dalam vitamin b complex dan kalsium sekiranya diamalkan setiap hari dapat mengurangkan risiko migrain dan sakit kepala. Sebenarnya saya sendiri telah mencubanya sejak 6 bulan yang lalu. Alhamdulillah migrain saya berkurangan dengan begitu ketara sekali.. 

Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut ya...

Salam sayang.. Mama Liza
0164219053

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?