Cara mengatasi alahan
Assalamualaikum..
Sedikit informasi berkaitan cara mengatasi alahan:
Makanan
* Apabila anda sedar di waktu pagi,
makan kraker atau biskut dan
rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
* Bangun perlahan-lahan dan jangan
terus baring selepas makan.
* Kerap makan snek atau hidangan dalam
kuantiti yang kecil supaya
perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
* Makan apa sahaja yang anda mahu tapi
elakkan mengambil makanan
pedas, berlemak dan bergoreng.
* Jika anda tidak tahan dengan bau yang
kuat ketika memasak, buka
tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
* Makan makanan yang sudah sejuk
berbanding makanan panas kerana
makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
* Hidu bau limau nipis, limau kasturi
atau halia boleh meredakan
perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
* Elakkan mengambil kafein dan merokok.
* AMALKAN PEMAKANAN VITAMIN
Minuman
* Minum air dengan kerap sehingga 12
cawan sehari.
* Elakkan minum semasa makan serta
sebaik sahaja sebelum dan selepas
makan.
* Pengambilan air halia boleh
mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
* Berehat secukupnya kerana alahan akan
bertambah buruk apabila
kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester
pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
* Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah
dan menjaga anak yang lain.
Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
* Bersiar-siar dan lakukan senaman
ringan di luar rumah untuk
dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik
dalam rumah.
* Elakkan tempat panas kerana
kebiasaannya alahan akan bertambah
teruk.
* Bergerak perlahan-lahan dan elakkan
pergerakan pantas.
* Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas
makan kerana ini boleh
menyebabkan rasa mual.
* Dapatkan sokongan daripada orang yang
rapat (contoh: suami, ibu
bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
* Cadangan di atas tidak memberikan
kesan.
* Anda muntah lebih dari 3-4 kali
sehari dan sebaik sahaja makan,
anda muntah.
* Berat badan anda menurun dengan
banyak.
* Muntah anda mengandungi darah atau
berwarna hitam pekat.
* Anda mengalami simptom-simptom
dehidrasi.
* Anda risau dengan keadaan anda atau
merasakan perubahan serius
pada kesihatan anda.
Salam sayang... Mama Liza
0164219053
Comments