SBPA Dibatalkan SSM Tetap Digunakan
Assalamualaikum...
Meh kita story sikit tentang berita terkini penjawat awam ya... :))
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada hari ini (Khamis) mengumumkan
pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Sementara itu Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.
Sementara itu Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.
"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam
ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan
Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat
Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Selain itu kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara
Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada
RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan
kepada RM150 sebulan.
"Kerajaan juga bersetuju Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK),
Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan
Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya
mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
"Kepada para guru jangan gundah gulana. Kerajaan amat komited terhadap kebajikan dan prihatin terhadap kebimbangan anda. Di sini saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip 'time-based' Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012," katanya.
Justeru, Mohd Najib berharap keputusan tersebut dapat meredakan
ketidakpuasan hati yang wujud di kalangan penjawat awam di semua
peringkat.
"Bagi isu-isu lain berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan, perkara
ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang saya umumkan.
"Saya berdoa ke hadrat Allah SWT agar keputusan yang dibuat ini
mudah-mudahan menjadi penyelesaian terbaik bagi manfaat seluruh penjawat
awam," katanya.
Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah
seperti berikut:
1) Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.
2) Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.
3) Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.
4) Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Sumber: mStar
Jadi, secara umumnya saya bersyukur... Sebenarnya dengan SBPA dulupun saya bersyukur juga. Mana2 pun saya bersyukur... Kan rezeki itu ada di mana2.. Yang penting adalah melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Namun saya selalu berharap agar dengan penyelarasan ini (kenaikan?) janganlah hendaknya harga barang2 turut naik malah naik lebih banyak lagi...
Salam sayang... Mama Liza
0164219053
Comments