Posts

Showing posts from March, 2012

EMAN KU SAYANG

Image
Assalamualaikum... Hari ini merupakan hari pertama saya menghantar eman ke taska. Taska tu tak la jauh... selang dua deretan rumah aje.. Waktu saya menghantar pagi tadi, dia ok aje. Mungkin melihat mamanya ada sekali. Tapi tangisan mula muncul apabila saya nak keluar dan meninggalkan dia di sana. Walaupun ada abangnya sama tapi dia tetap menangis jugak. Sedih hati saya. Tapi apakan daya... Perlu belajar susah la sedikit..  Kadangkala kita tidak punya banyak pilihan untuk kebaikan anak kita. Saya pernah mempunyai maid tapi sejarah pahit amat sukar untuk saya lupakan dan rasanya saya lebih sanggup meninggalkan anak di taska yang diketahui memang ramai anak2 jagaannya. Biarlah saya sedih melihat dia menangis daripada kesal seumur hidup... InsyaAllah lama2 eman ok lah kan.... Mama Liza

BERTANYALAH UNTUK MENAMBAH PENGETAHUAN

Assalamualaikum... Rasanya dah 2 minggu saya tak menulis di dalam blog kesayangan saya ini. Maklumlah sejak 2 minggu ini saya outstation tak berenti dan bila ada kelapangan di rumah pun, saya tak sempat menulis juga. Dengan anak2 yang rindu nak bermain2 dengan ibunya dan juga tanggungjawab mengemas rumah yang tak selesai2... Minggu lepas walaupun tiada pesanan vitamin shaklee daripada saya, tapi tetap ada melalui suami.. Sudah tentu saya turut meminta suami untuk mempromosikan kebaikan shaklee dengan kawan2nya.. So, kadangkala ada juga order walaupun tak banyak. Saya selalu menekankan kepada customer yang saya tidak kenali sama ada melalui blog ataupun kawan2 suami, saya tidak hanya menjual suplemen tetapi juga consultasi nya sekali. Saya tidak mahu anda membeli dengan tiada ilmu di dada mengenai penyusuan. Saya juga tidak mahu menghampakan harapan anda apabila anda datang kepada saya dengan penuh harapan sebaliknya apa yang anda harapkan tidak menjadi kenyataan. Bukan sekali dua

ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI...

Assalamualaikum... Ketika saya memulakan penulisan ini, berita tv3 sedang memaparkan peristiwa pengkebumian arwah Nurul Nadira... Teringat beberapa hari lalu saya mendengar berita tentang kehilangannya, berita kehilangan kanak-kanak untui yang kesekian kalinya. Sejak berita kehilangan itu, setiap hari saya terlihat poster mengenainya ditampak di merata tempat di bangunan ofis saya. Walaupun ada pelbagai cerita mengiringi kehilangannya tapi hati kecil saya tetap rasa sedih dan terkilan. Kesedihan dan rasa terkilan saya semakin memuncak apabila semalam berita memaparkan kematian kanak-kanak malang itu. Dan bertambah malang apabila mengetahui kematian kanak-kanak itu adalah dengan cara yang amat tidak berperikemanusiaan sekali. Dia dibakar... Allah Maha Besar Maha Berkuasa. Hanya Dia yang mampu memberi segalanya.. Saya memohon agar pembunuh kanak-kanak itu diberi hadayah olehNya agar tidak lagi melakukan perkara yang sama.. Hanya Allah yang tahu siapa dia dan mengapa dia melakukan

Cara mengatasi alahan

Assalamualaikum.. Sedikit informasi berkaitan cara mengatasi alahan: Makanan     * Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.     * Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.     * Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.     * Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.     * Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.     * Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.     * Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.     * Elakkan mengambil kafein dan merokok.     * AMALKAN PEMAKANAN VITAMIN

WANITA, IBU DAN PENAMPILAN

Assalamualaikum... Beberapa hari lepas wajah saya ditumbuhi jerawat. Bukan jerawat baiasa, tapi jerawat batu. Tumbuhnya pulak bukan alang2 tempat. Tapi di tahi lalat hidup saya.. Hehehehe.. Menggelabah beberapa hari.. Maklumlah dah lama kulit wajah saya tak ditumbuhi jerawat. Kenapa entry saya kali ini berbicara tentang jerawat? Tak ada apa lah... Saya suka dengan orang yang mementingkan penampilan yang menarik. Cantik atau tidak bukanlah soal utama kerana kecantikan itu tidak saja dari raut wajah tetapi juga dari dalam diri... Biasanya kecantikan luar dan dalam itu membuatkan kita tambah yakin dengan pembawaan diri kita kan? Sebab itulah saya amat risau kalau2 kulit saya ada jerawat.. Sejak beberapa bulan ini sejak saya mengamalkan vitamin c, ESP ostematrix, kulit saya kekal bersih daripada jerawat. Cuma sesekali ada sebiji dua.. Ok la tu kan...  Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka dan kadangkala tumbuh pada  dada atau bela

MENGENALI MIGRAIN

Assalamualaikum... Sejak 2 hari yang lepas saya mengalami sakit kepala atau migrain. Nak buat keje pun payah. Tapi terpaksa jgk buat keje, dan merasai betaspa siksanya apabila terpaksa menggunakan komputer, melulis dan sebagainya. Sebenarnya saya dah mengalami migrain sejak berusia 15 tahun lagi.. Cuma sekarang dah tak terlalu kerap. Tak seperti dulu, hampir setiap bulan, paling kurang 5 atau 6 kali saya kena migrain. Time cik p datang lagi lah teruk...  So apa itu migrain? Ia adalah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain yang teruk selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi cik p. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adala

KEGEMBIRAAN BERTERUSAN...

Image
Assalamualaikum... Lama dah rasanya saya tak berkongsi testimoni. Seperti kebiasaannya saya akan berkongsi testimoni diri saya sendiri. Bukan saya tak mahu bercerita tentang orang lain tapi kan lebih bererti kalau ia daripada pengalaman diri sendiri kan? Ini adalah hasil perahan hari ini (2 kali perahan). Tak la banyak sangat. Tapi untuk baby yang sudah berusia setahun lima bulan, kira boleh la kan? Biasanya saya akan perah 3 kali tapi nampaknya hari ini agak sibuk dengan tugas yang urgent, so dapat 2 kali perah je. Nanti saya akan bahagikan menjadi 3 kali menyusu... Alhamdulillah...  Saya masih mengamalkan pemakanan supplemen. Sudah semestinya vitamin Shaklee... Walaupun tidaklah membuat kajian secara formal tetapi saya rasa sihat dan bertenaga walaupun perlu bekerja dari pagi sampai petang dan kemudian melaksanakan tanggungjawab dan tugas2 memasak dan sebagainya sebagai suri rumah, disambung pula dengan kerap berjaga pada waktu malam untuk menyusukan adik eman, saya teta

SBPA Dibatalkan SSM Tetap Digunakan

Image
Assalamualaikum... Meh kita story sikit tentang berita terkini penjawat awam ya... :)) Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada hari ini (Khamis) mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam  (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM). Sementara itu Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.   "Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Selain itu kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada

KESAN KEKURANGAN VITAMIN A

Image
Assalamualaikum... Bagaimana kalau kita kekurangan vitamin A? Kekurangan vitamin A dianggarkan menjejaskan jutaan kanak-kanak diseluruh dunia. Sekitar 250,000-500,000 kanak-kanak dinegara membangun menjadi buta setiap tahun akibat kekurangan vitamin A, dengan kejadian terbanyak di Asia Tenggara dan Afrika. Menurut Badan Kesihatan Sedunia (“World Health Organization – WHO”), kekurangan vitamin A adalah terkawal di Amerika Syarikat , tetapi di negara membangun kekurangan vitamin A adalah kebimbangan besar. Dengan kekurangan vitamin A yang meluas, WHO telah melaksanakan beberapa usaha bagi vitamin A tambahan bagi negara membangun. Sesetengah strategi ini termasuk pengambilan vitamin A melalui gabungan penyusuan , melalui permakanan, pengukuhan makanan, dan tambahan. Melalui usaha WHO dan rakan kongsinya, dianggarkan sekitar 1.25 juta kematian sejak 1998 di 40 negara akibat kekurangan vitamin A telah dihalang. Kekurangan vitamin A boleh berlaku sebagai kekurangan ut

MENGAPA VITAMIN A?

Assalamualaikum...  Apakata kali ini kita berkongsi sedikit maklumat berkaitan vitamin A yang mempunyai peranan yg tidak kurang pentingnya bagi tubuh kita. Vitamin A memainkan peranan dalam pelbagai fungsi di seluruh tubuh, seperti: Penglihatan Penyalinan Gen Fungsi imunisasi Perkembangan janin dan pembiakan Metabolisme tulang Haematopoiesis Kesihatan kulit Aktiviti antioxidant Penglihatan Peranan vitamin A dalam kitaran penglihatan adalah khusus berkait dengan bentuk retinal. Dalam mata, 11- cis -retinal terikat kepada rhodopsin (rods) dan iodopsin (kon) pada sisa lysine kekal (“conserved lysine residues”). Apabila cahaya memasuki mata 11- cis -retinal menjadi isomerized kepada bentuk all-"trans". Retinal all-"trans" terpisah dari opsin dalam beberapa langkah berturutan yang dikenali sebagai pelunturan. Isomerization ini memicu isyarat saraf sepanjang saraf penglihatan kepada pusat penglihatan di otak. Apabila kitaran ini lengkap,

PENGLIHATAN SEMAKIN BAIK DENGAN CAROTOMAX SHAKLEE

Image
Assalamualaikum... Kali ini saya ingin berkongsi mengenai sejenis lagi vitamin Shaklee yang dinamakan Carotomax. Ia juga dikenali sebagai vitamin A iaitu vitamin yang amat penting untuk kesihatan mata anda.. Carotomax  adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene, and zeaxanthin yang menghasilkan  carotenoid  yang lengkap. Apakah  carotenoids ?  Carotenoid  adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya. Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid? 1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas 2. Sumber Vitamin A terbaik 3. Meningkatkan sistem imunisasi 4. Membetulkan fungsi organ tubuh Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK. FUNGSI LAIN CAROTENOID: - Mencegah kanser - Penting untuk pert

KENANGAN DI SUATU MASA

Assalamualaikum... Sejenak terkenang anak2 saudara yang telah lama menyepikan diri. Rasanya sudah terlalu lama tidak mendengar kabar berita daripada mereka... Pesan saya kepada mereka, makcu masih macam dulu... Masih teringat mereka sebagai anak-anak kecil yang bermanja dengan penuh kasih sayang. Mungkin masa dan keadaan telah menjadikan suasana amat berbeza sekarang. Namun masih ada yang tidak berubah, iaitu ingatan dan kenangan masa kalian kecil2 dahulu..  Harapan makcu, esok lusa keadaan akan menjadi seperti yang asal...   Sukar sekali kan untuk merungkai segala kepahitan? Mama Liza..

PERJALANAN PENYUSUANKU

Assalamualaikum... Terkenang semula sewaktu di awal pekerjaan saya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Waktu itu saya berusia 26 tahun. Sebenarnya saya berkawin dulu baru dapat kerja. Malah anak sulung saya berusia 8 bulan waktu saya melaporkan diri. Tak perlu lah saya ceritakan bagaimana risaunya keluarga saya sewaktu saya mula2 dpt tahu sedang peknen. Mereka gembira tetapi takut kalau2 saya langsung tidak mahu bekerja selepas mendapat anak. Maklumlah, belajar tinggi2 takkan nak jadi suri rumah saja... Tapi bukan itu yang mahu saya kongsikan... Pada masa itu saya memang menyusukan anak 100%. Walaupun anak pertama tapi saya memang fokus pada penyusuan susu ibu. Mungkin memang ditakdirkan susu saya banyak, jadi tidak pernah terfikir mahu menggantikannya dengan susu formula. Tapi bila saya mula dapat kerja, dengan tempoh tawaran dan melapor diri sangat singkat, saya tiada pilihan lain. Dalam tempoh 1 minggu, saya berikan anak saya susu formula. Mujur anak saya tak banyak kerenah

TOLONG PRIHATIN DENGAN KANAK-KANAK

Image
Assalamualaikum.. Minggu ini kita dikejutkan dengan video yang tersebar luas berkaitan kanak-kanak dibungkus ketat serta diplaster mulutnya sewaktu tidur.. Luluh rasa hati saya apabila melihat video singkat tersebut. Walaupun ia bukan anak saya atau anak orang yang saya kenali tetapi naluri keibuan saya rasa terpanggil untuk menulis mengenainya di blog ini.. Saya rasa pembaca semua turut merasa kesal dengan situasi tersebut. Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah betapa perlunya kita buat spot check di tempat anak kita dijaga semasa ketiadaan kita. Apa salahnya sesekali kita berprasangka buruk, semata2 untuk keselamatan anak-anak kesayangan kita. Ataupun kita prihatin pada pusat jagaan berhampiran  walaupun anak kita tidak berada di sana. Periksa keadaan penghuni di pusat jagaan tersebut. Manalah tahu kalau2 ada sesuatu yang tidak baik berlaku di sana. So, sekiranya ada perkara yang agak ganjil dalam penjagaan pusat jagaan tersebut, apa harus kita lakukan? Apakah pe

MEMAHAMI APAKAH SUSU IBU??

Komposisi susu ibu Lemak jumlah (g/100 ml) 4.2 asid lemak - kepanjangan 8C (% ) sisa asid lemak tepu (%) 14 Protein (g/100 ml) jumlah 1.1 kasein 0.4 0.3 a-laktalbumin 0.3 laktoferrin 0.2 IgA 0.1 IgG 0.001 lisozim 0.05 serum albumin 0.05 ß-laktoglobulin - Karbohidrat (g/100 ml) laktosa 7 oligosakarida 0.5 Mineral (g/100 ml) kalsium 0.03 fosforus 0.014 natrium 0.015 kalium 0.055 klorida 0.043 Penyimpanan susu ibu segera Susu ibu segera boleh disimpan untuk digunakan kemudian. Ia disarankan agar susu ibu disimpan dalam bekas kedap udara dan kuat kekuncinya. Terdapat juga beg plastik khusus dibuat untuk menyimpan susu ibu segera untuk tempoh masa kurang 72 jam- dan perlu disimpan dalam peti sejuk bagi mengekalkan kesegarannya. Jika susu ibu disimpan dalam peti sejuk beku, ia boleh dikekalkan kesegarannya sehingga 6 bulan. Jumlah masa penyimpanan yang baik bagi kegunaan bayi di ruma

Penghasilan Susu Ibu

Assalamualaikum...   Entry kali ini saya nak cita pasal penghasilan susu ibu plk. Just untuk knowledge pembaca semua ya... Dibawah penghasilan hormon prolaktin dan oksitoksin yang dikeluarkan oleh kelenjar mammari , wanita yang mengandung dapat menghasilkan susu untuk menjadi makanan utama bagi bayinya apabila dilahirkan nanti. Susu ibu yang dihasilkan pada 7 minggu pertama sewaktu bayi masih dalam kandungan dapat menghasilkan kolostrum , dimana ia tinggi akan kandungan immunoglobulin IgA , dimana dapat memelihara sistem gastrointestinal bayi dengan baik. Kolostrum juga bertindak menjaga dan melindungi sistem imun semulajadi bayi sehinggalah ia dapat bekerja dengan baik seperti manusia normal biasa. Kolostrum juga dapat menghasilkan laksatif ringan dan lembut pada bayi, dimana laksatif dapat menghasilkan mekonium bagi membantu dalam melindungi tubuh dari penciptaan bilirubin (faktor penyumbang masalah kekuningan (jaundice). Di sinilah kita dapat me