MAHUKAN KULIT YANG BEBAS DARI JERAWAT?

Soalan: 

Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?
 

Jawapan

Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.
Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:

"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
"Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
"Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.


Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun

.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

 
Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.
Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.


Kelebihan vita E Shaklee ialah ianya mengandungi 400 i.u beserta selenium. Maka anda tidak perlu risau tentang kos yang perlu ditambah apabila hendak memaksimumkan penyerapan vit E oleh badan.

 
Kami menyediakan pakej percubaan untuk kulit yang mengandungi B com, Vitamin C dan Vitamin E untuk 30 hari makan dengan harga RM 80. Jika berminat nak tambah zinc hanya RM10 add on.   

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh
sms kan kepada saya 012-4961093.

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?