Rezeki itu datangnya dari Allah...

Salam....

Ramai orang berkata bahawa sekiranya kita tidak mengalami sendiri sesuatu perkara, agak sukar untuk memahami bagaimana sesuatu itu berlaku. Kadangkala ilmu yang diperolehi tidak mencukupi untuk kita turut sama memberi pandangan apatah lagi mahu mengadili sesuatu isu...

Saya melihat ramai wanita di luar sana yang tidak mahu terlibat dengan perkara-perkara yang kelihatan remeh malah adakalanya kelihatan menyusahkan. Teringat seorang rakan menyatakan kenapa mahu bersusah payah menyusukan anak dengan susu ibu sendiri. Bukankah banyak susu formula yang dijual di pasaran dengan pelbagai jenis zat dan khasiat tambahan yang malah membezakan pula antara satu jenis dengan satu jenis susu yang lain. (Masing-masing memperkenalkan khasiat yang dikatakan lebih baik dari yang lain tentunya....)

Entahlah... saya sendiri tidak pasti bagaimana saya terlibat dengan penyusuan susu ibu ini... Kadangkala bila difikirkan, memanglah mudah apabila menggunakan susu formula untuk anak-anak. Tak perlu ambil masa untuk mengepam terutamanya apabila perlu berada di luar pejabat.

Teringat pula kata seorang rakan, rezeki anak itu tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit mahupun harta benda. Kadangkala ia dalam bentuk yang kita sendiri tidak sangka.

Ternyata langkah saya mengikut kawan-kawan di pejabat yang berusaha untuk menyusukan anak dengan susu ibu, merupakan satu langkah yang tepat... (Alhamdulillah....) Anak saya sudah berusia 10 bulan dan saya masih memberikannya susu ibu. Dan saya merupakan antara mereka yang sangat konsisten dalam aktiviti mengepam.... hehehehe... Syukur kerana sehingga hari ini, mungkin berkat susu ibu, anak saya baru sekali terkena demam panas. Itu pun 2 hari saja... Syukur kepada Allah kerana memberikannya kesihatan yang baik. Ternyata memang benar, rezeki itu bukan hanya bermakna wang ringgit semata-mata.. Kerana kesihatan yang baik juga merupakan suatu rezeki...

Sesungguhnya kita tidak tahu sebenar-benarnya sekiranya kita tidak mengalami sendiri sesuatu perkara. Namun untuk tahu, kita mesti berani mencuba dan adakalanya sanggup berkorban di mana-mana... Ternyata Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita...

Salam sayang dari Mama Liza.....

Comments

Popular posts from this blog

HOMESTAY BEST DI BENTA / KUALA LIPIS

HARI PERTAMA KE TASKA

ESP DAN OMEGA GUARD: MANA LEBIH BAGUS?